

Suami kepada penyanyi, Zehra Zambri, Nur Muhd Iqwan Samsudin berkongsi lima tuntutan permohonan perceraian yang difailkan oleh isterinya pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi.
Artikel Berkaitan: ‘Perceraian Akan Berlaku, Bagaimana Caranya..Saya Serahkan Kepada Mahkamah’ – Suami Zehra Zambri
Artikel Berkaitan: ‘Jika Benar Berpisah Fast Track Telah Dipersetujui, Untuk Apa Saya Susah Payah Cari Penaja & Mohon Cuti Teman Dia?’ – Suami Zehra Zambri
Lima tuntutan permohonan penceraian

Menurut Iqwan, antara tuntutan tersebut adalah tiada lagi persefahaman antara mereka, culas menjalankan tanggungjawab, pengabaian dan institusi perkahwinan tidak dapat diselamatkan.
Lima alasan untuk cerai, tiada persefahaman, sikap saya, perkahwinan ni tak dapat diselamatkan, pengabaian dan culas tanggungjawab.
Saya serahkan segala-galanya atas budi bicara mahkamah. Sebelum ini saya ada beri kenyataan, ada beberapa proses telah dijalankan. Zehra sebelum ini tak nak beri kerjasama.
Saya baru baca semua tuntutan daripada Zehra dan tuntutan ini akan dibaca semula dalam mahkamah.
Iqwan berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi bagi prosiding pertama kes perceraiannya dengan Zehra, pada Khamis.
Hadir tanpa peguam

Iqwan yang hadir tanpa melantik peguam bagaimanapun menyerahkan segala urusan perceraian kepada pihak mahkamah.
Namun, sebagai ketua keluarga, dia menegaskan masih mahu menyelamatkan mahligai perkahwinan yang dibina sejak empat tahun lalu.
Kami masih berhubung atas dasar anak. Selepas difailkan, saya dimaklumkan hari ini merupakan sebutan pertama. Saya mengharapkan yang baik-baik.
Kalau mahkamah rasa perlu dipanjangkan, saya ikut saja. Saya ada pendirian dan beberapa perkara ingin diperinci dan diperjelaskan. Saya sebagai lelaki, pertama sekali kena pertahankan rumah tangga.
Kalau mahkamah rasa perlu dipanjangkan, saya ikut saja. Saya ada pendirian dan beberapa perkara ingin diperinci dan diperjelaskan. Saya sebagai lelaki, pertama sekali kena pertahankan rumah tangga.
Terdahulu, Zehra memfailkan cerai secara ‘fast track’ terhadap suami, Nur Muhd Iqwan Samsudin selepas mendakwa selama tiga tahun berkorban mempertahankan rumah tangga.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.








