Sejak semalam, viral di media sosial kisah suami kepada Bunga Cintra Lestari iaitu Tiko Aryawardhana yang didakwa menyeleweng dana milik syarikat diusahakan bersama bekas isteri, Arina Winarto iaitu PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS) berjumlah RM1.7 juta.
Berikutan kontroversi tersebut, akaun Instagram Bunga Citra Lestari diserang netizen gara-gara didakwa tidak memeriksa latar belakang suaminya sebelum mendirikan rumah tangga.
Terkejut baca berita
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! rata-rata netizen dan peminat meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja mendapat tahu mengenai berita tersebut. Tambah netizen, mereka berharap Bunga dan Tiko tampil menjelaskan mengenai apa yang berlaku.
Pada masa yang sama, segelintir netizen mendakwa Bunga tidak memeriksa latar belakang suaminya terlebih dahulu sebelum berkahwin. Ujar netizen, Bunga bakal kena tempias yang teruk susulan kontroversi itu.
Sumber: Instagram