berita

Suami Durjana ‘Lanyak’ Isteri Nombor Tujuh Dengan Besi Angkat Berat Di Sabah

April 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kes pergaduhan dalam rumah tangga sering terjadi tidak kira suami memukul isteri ataupun isteri memukul suami. Menerusi Harian Metro, satu kes pergaduhan suami isteri telah berlaku di Kampung Tabanak, Lahad Datu, Sabah apabila si suami menumbuk, menendang dan membaling isterinya dengan besi mengankat piring angkat berat atau dikenali sebagai barbell.

Suspek pernah berkahwin 7 kali

Suspek yang berusia 36 tahun dan pernah berkahwin sebanyak tujuk kali itu telah diberkas pihak polis bersama barbell sebagai barang kes.

Kali pertama berlaku pada Ahad lalu, apabila suspek mengamuk sebelum memukul mangsa dan anaknya sendiri dengan barbell dan membaling alat itu ke arah wanita terbabit.

Sebelum ini, mangsa mengakui suaminya pernah memukulnya tetapi tidak melaporkan kepada polis.

Akibat kejadian, mangsa lebam di badan dan kaki manakala anaknya sendiri cedera di rusuk kanan dan kaki.

Menurut Ketua Polis Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor hasil siasatan mendapati kejadian memukul mangsa yang berusia 26 tahun itu telah berlaku dua kali namun mangsa tidak melaporkannya kepada pihak polis.

Peralatan turut dirampas

Akibat bimbang dicederakan, mangsa bersama anaknya melarikan diri dan membuat laporan polis.

Berdasarkan laporan, polis ke rumah suspek dan berjaya berjaya menahannya termasuk merampas peralatan digunakan mencederakan mangsa.

Lelaki ini bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Mangsa telah lari dan membuat laporan polis selepas kejadian itu. Pihak polis turut berjaya memberkas suspek dan merampas peralatan yang digunakan untuk memukul mangsa. Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro