berita

Suami Isteri Dari Neraka…

October 1st, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Kejam dan tidak berperikemanusian! Itu perkataan yang sesuai menggambarkan kelakuan jahat pasangan suami isteri, Fred dan Rose West yang terjadi di United Kingdom. Pasangan romantis ini dikenali dunia berikutan kes jenayah yang dilakukan oleh mereka berdua.

Siapa sangka, disebalik kelembutan di wajah mereka berdua, tersimpan 1001 kejahatan yang pernah dilakukan bersama. Pasangan ini telah merogol, mendera, dan paling tragis mengerat tubuh badan individu yang menjadi mangsa mereka. Kejamnya siap rogol anak sendiri lagi!

Siapa Fred & Rose West?

https://www.youtube.com/watch?v=h-tKW9k_DEk&t=448s

Fred West atau nama sebenarnya Fredick West dilahirkan pada 29 September 1941 di Much Marcle, England. Dia merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik dan mereka sekeluarga hidup dalam keadaan yang serba kekurangan. Terdapat dakwaan yang mengatakan bapanya telah melakukan hubungan seks bersama adik perempuannya dan mempunyai nafsu terhadap binatang.

Menurut sumber, Fred mempunyai IQ yang rendah dan mengambil keputusan untuk berhenti sekolah untuk menjadi petani. Dia juga pernah mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat kemalangan motosikal. Sebelum berkahwin dengan Rose, Fred pernah berkahwin dengan Rena Costello dan mempunyai seorang cahaya mata. Sepanjang perkahwinan mereka, Fred juga pernah menjalinkan hubungan sulit bersama Anna dan perkara ini diketahui oleh Rena yang akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan Fred. Anna ketika itu telah dibunuh secara kejam bersama anak yang dikandungnya yang merupakan anak Fred. Ketika itu, jari tangan serta jari kaki Anna juga telah dikerat oleh Fred. Kini, Fred bekerja sebagai pemandu trak roti dan melakukan aktiviti mencuri sebelum dia berjumpa Rose.

Selepas kejadian itu, bermulalah episod di mana Fred menjadi obses untuk melakukan pembunuhan menerusi penderaan secara fizikal dan mengerat mayat yang menjadi mangsa.  Rosemary atau Rose dilahirkan pada tahun 1953 di Northam, England. Semasa ibunya hamil, ibunya menerima kejutan elektrik yang secara tidak langsung menyebabkan kecederaan kepada Rose yang ketika itu berada dalam kandungan ibunya. Kedua-dua ibu bapanya juga dilaporkan menghidap masalah gangguan mental. Dia dibesarkan dalam persekitaran yang tidak baik dan mula aktif dengan kegiatan seksual di usia yang muda. Ketika dia masih remaja, dia pernah ditangkap sedang melakukan hubungan seks dengan adik lelakinya sendiri.

Fred dan Rose mula berkahwin sekitar tahun 1972, dan mempraktikkan budaya seks liar secara berterusan. Mereka ini mempunyai fetish yang agak melampau dan sering mengambil gambar berserta video ketika sedang melakukan seks untuk keseronokan bersama. Rose ketika itu masih menerima upah sebagai pelacur dan telah melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Heather, Mae, dan Stephen. Menurut sumber, Rose turut mempunyai beberapa orang anak bersama lelaki lain.

Mangsa kekejaman

Gambar mangsa kekejaman Fred dan Rose

Pada tahun 1970, Fred ditangkap atas tuduhan mencuri dan dihantar ke Penjara Leyhill untuk menjalani hukuman penjara selama sepuluh bulan. Semasa Fred sedang berada di penjara, anaknya Charmaine, yang merupakan anak bersama bekas isterinya Rena, telah hilang dan dipercayai Rose yang bertanggungjawab atas kematian Charmaine. Pada tahun berikutnya, Rena yang bertindak ingin mengambil semula anaknya turut dibunuh oleh Rose ketika itu. Setelah Fred dibebaskan, dia bertindak melacurkan isterinya dan menjadi saksi setiap adegan hubungan seks yang dilakukan oleh isterinya ketika itu.

Kegiatan mereka ini semakin mengganas apabila mereka mula bertindak secara berani dengan menculik beberapa orang remaja perempuan untuk dijadikan mangsa. Antara mangsa yang malang adalah, Lynda Gough, Lucy, Partington, Juanita Mott, Therese Siegenthaler, Alison Chambers, Shirly Robinson, Carol Ann Cooper dan Shirley Hubbard.

Kesemua mangsa ini dikenakan dengan taktik yang sama iaitu mereka akan dikurung di sebuah bilik bawah tanah dan akan didera secara seksual serta dirogol tanpa ada sifat belas kasihan. Mangsa ini juga diperlakukan sedemikian rupa berulang kali sehinggalah pasangan itu berasa puas. Proses seterusnya, mayat mangsa yang dibunuh akan dikerat dan dilupus terlebih dahulu sebelum ditanam di bawah rumah.

Paling mengejutkan, apabila mangsa yang hilang ini, tidak pernah dilaporkan secara rasmi mengenai kehilangan mereka kepada pihak berkuasa. Terdapat juga, seorang mangsa yang berjaya melarikan diri daripada cengkaman Fred dan Rose, namun tidak berani melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa kerana masih trauma dengan apa yang telah terjadi kepada dirinya.

Nafsu binatang

Foto: Radio Times

Fred juga bertindak melepaskan nafsu durjananya kepada anak kandungnya sendiri iaitu Anna Marie selama bertahun-tahun. Setelah Anna berjaya melarikan diri daripada rumah itu, anaknya yang lain turut menjadi mangsa iaitu Heather. Anaknya, Heather turut dibunuh oleh Fred setelah dia bertindak membongkarkan segala aktiviti yang telah dilakukan oleh bapanya selama ini.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah apabila kegiatan Fred dan Rose telah terbongkar pada tahun 1992 disebabkan tindakan Fred sendiri yang bertindak merakam video aksinya sedang merogol anaknya sendiri. Perkara ini tersebar selepas didedahkan sendiri oleh anaknya demi menegakkan keadilan. Menerusi siasatan yang dibuat, pihak polis menjumpai mayat-mayat mangsa yang telah ditanam menerusi penggeledahan yang dilakukan di rumah Fred.

Hukuman dijatuhkan

Gambar sekadar hiasan

Penemuan tulang-tulang mangsa itu menjawab segala persoalan pihak polis mengenai misteri kehilangan gadis remaja itu. Ketika perbicaraan Fred mengakui akan kesalahan yang telah dilakukan olehnya namun, Rose menyatakan bahawa dia hanya mangsa keadaan dan tidak bersalah dengan apa yang telah dilakukan oleh Fred.

Siasatan juga telah membuktikan bahawa Rose yang bersalah kerana membunuh anak tirinya ketika Fred sedang menjalani hukuman penjara. Pada bulan Jun 1994, ketika perbicaraan dibuat, Rose dituduh membunuh anak perempuannya yang berusia 16 tahun, anak perempuan tiri berusia lapan tahun dan kekasih suaminya yang sedang hamil ketika itu. Pada tahun 1995, Fred bertindak menggantung dirinya dan mati di penjara sebelum sempat dijatuhkan hukuman.

Sementara itu, Rose telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan tidak dibenarkan sama sekali untuk dibebaskan. Dia menjalani hukuman penjara di HMP Low Newton dan masih belum mengakui kesalahan yang telah dibuat.

Didokumentasikan untuk tontonan

Kisah pasangan ini juga telah didokumentasikan dan ditayangan menerusi platfom Youtube bagi tontonan orang ramai dan memberi pengajaran kepada semua.

Sumber: JackLesterMirror UK Women Who Kill

SKIP THIS AD ×