berita

Suami Isteri Warga Emas Mati Ditikam Anak Kandung, Terbaring Di Ruang Tamu Rumah

December 10th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Berpunca daripada sebuah pertengkaran, seorang lelaki dipercayai tergamak menikam ibu bapa kandungnya sehingga mati dalam satu kejadian di Kampung Sungai Penchala, pada malam Sabtu.

Anak tikam ibu bapa

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, pasangan suami isteri warga emas yang berusia 72 dan 82 tahun ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Dalam pergaduhan itu, suspek dikatakan mengambil senjata tajam sebelum menikam kedua ibu bapa menyebabkan mengalami kecederaan parah.

Saksi yang menyedari kejadian segera menghubungi polis untuk bantuan.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia. Suspek, 42, dipercayai merupakan penagih dadah dan pihak polis kini giat mengesan suspek yang melarikan diri di kawasan hutan berhampiran lokasi kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×