berita

Suami Kantoi Ludah Dalam Minuman, Isteri Dakwa Sampai Cirit-Birit – ‘Dia Kata Padan Muka’

January 17th, 2024 | by Alia
Kini Trending

ludah dalam air

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita mendedahkan suaminya mempunyai sikap yang tidak senonoh dan menjijikan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuk Sahar Dedah Kereta Pernah Kena Ludah Dengan Seorang Mak Cik – ‘Itu Tahap Cancellation Malaysia’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki ‘Kembang Tekak’ Air Liur Jatuh Dalam Minuman, Rupanya Budak-Budak Main Ludah Dari Tingkat Atas

Netizen dakwa permulaan sihir

ludah dalam air

Gambar sekadar hiasan

Menerusi ciapan di platform X, seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila suaminya bertindak meludah ke dalam air yang disediakan setiap kali selepas mereka bergaduh.

Saya dengan suami saya dah setahun kahwin dan sepanjang kahwin ni memang lah ada bergaduh tapi tak pernah tinggi suara. Perangai dia, dia akan buatkan minuman untuk kami berdua lepas bergaduh.

Rupanya selama ini dia ludah dalam air saya. Saya nampak semalam, dia kata ‘padan muka’ saya. Saya tak tahu macam mana nak respon. Saya faham ludah je pun tapi geli.

Dalam masa yang sama, dia juga mendakwa tindakan suaminya itu telah menjejaskan kesihatannya.

Saya tak tahulah kalau dia ada buat benda yang lagi teruk. Saya ada tanya dia tapi dia diam je. Patutlah kadang-kadang lepas bertengkar saya cirit-birit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan suami wanita berkenaan dan mendakwa ianya boleh menjadi sihir. Justeru itu, mereka menasihatinya agar lebih berhati-hati dengan tindak tanduk suami selepas ini.

Permulaan sihir nak bagi isteri sayang dan dengar kata suami.

Saya nak awak beringat, ini baru bergaduh biasa. Saya takut kalau bergaduh luar biasa jadi sihir. Selalu benda-benda kotor ni berkait dengan sihir.

Saya rasa suami awak tak normal, macam psiko. Jangan sampai tahap dia letak racun atau sihir sebab benda yang dia buat tu jijik gila. Tergamaknya dia nak balas dendam, awak tu isteri tau.

Sumber: Platform X

SKIP THIS AD ×