Di Instagram, suami kepada pelakon, Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari berkongsi mengenai keadaan isterinya yang telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam selama dua hari.
Artikel Berkaitan: Yana Samsudin Tunai Janji Bawa Ibu Bapa Tunai Ibadah Haji, Umrah
Artikel Berkaitan: Bengang Foto Disunting, Yana Samsudin Beri Amaran Suruh Padam & Minta Maaf!
Berada di hospital
Menerusi hantaran itu, Fadzil yang mewakili isterinya memberitahu keadaan terkini Yana dilaporkan kurang baik dan lemah. Bagaimanapun, belum dapat dipastikan penyakit yang dialami isterinya.
Assalamualaikum saya @fadzilzahari nak maklum yang Yana warded malam ni, badannya lemah selepas 2 hari demam teruk. Belum dapat keputusan doktor lagi, kalau Influenza mungkin kena kuarantin 4 hingga 5 hari.
Harap hangpa dapat doakan kesembuhan Yana insya-Allah. Kami nak mohon maaf buat semua yang ada bersangkutan kerja terpaksa ‘postpone’ atau kemungkinan tak dapat hadir seperti…
Termasuk beberapa shooting, dubbing & meeting.
Sementara itu, berita yang dikongsikan tersebut telah mendapat perhatian yang pantas daripada peminat dan rakan artis. Menerusi ruangan komen, mereka turut menitipkan doa agar pelakon berusia 38 tahun itu diberikan kesembuhan dengan segera.
Sumber: Yana Samsudin