Seorang suami mengakui dia jarang menyentuh isterinya kerana mendakwa bentuk badan wanita itu tidak lagi terjaga seperti ketika awal perkahwinan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Orang Gemuk Tak Lawa, Tak Handsome & Tak Dihormati’ – DMA Islam

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kau Nak Apa Sebenarnya? Bila Kurus Kata Sakit, Bila Gemuk Kau Kutuk’ – Jasmin Hamid

Suami tak selera isteri gemuk

Sekadar gambar hiasan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di aplikasi X, seorang pengguna berkongsi luahan seorang suami yang mengadu keadaan tubuh badan isterinya selepas melahirkan anak pertama.

Jujur la, selepas isteri aku beranak aku sedikit turn off.

Tapi aku paksa dia joging semula macam mula kenal dulu.

Itu pun susah.

Jadi, aku cakap dekat dia aku jarang sentuh sebab badan tak terjaga.

Ikut tekak suami

Sekadar gambar hiasan

Dalam pada itu, individu berkenaan turut berpendapat bahawa wanita tidak memerlukan modal yang besar untuk menurunkan berat badan.

Tambahnya, setiap isteri perlu memenuhi kriteria tubuh badan mengikut selera suami.

Cantik atau tidak tidak mengapa asalkan badan terjaga. Stretchmarks dekat perut aku tak kisah.

Aku geli sebab kami jenis jaga badan sebelum ini. Sekarang Alhamdulillah isteri aku dah perlahan-lahan berubah.

Nak kurus tak perlukan modal pun. Jangan asyik nak minta duit untuk kurus. Pergi saja joging sama-sama.

Apa-apa pun ikut tekak suami masing-masing. Macam aku, badan mesti kena jaga, ikut sedap mata aku la.

Sumber: Aplikas X @eyesyatanuki