berita

Suami Minta ‘Jahit Extra’ Lepas Isteri Bersalin, Doktor Ini Tinggal Pesanan

May 7th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pengorbanan seorang isteri yang membawa kandungan selama sembilan bulan serta bertarung nyawa untuk melahirkan anak amat mencabar bagi para wanita. Namun pada situasi sebegitu, peranan seorang suami juga amat penting untuk memberi sokongan moral kepada isteri sehingga bersalin. Walau bagaimanpun, terdapat segelintir lelaki yang request pada doktor untuk membuat daddy stitch bagi kepentingannya sendiri.

Daddy stitch untuk kepuasan ketika ‘bersama’

Sekadar gambar hiasan

Menerusi video yang telah dikongsi oleh Dr Sandra di akaun TikToknya, dia memberitahu bahawa tujuan daddy stitch dilakukan adalah untuk kepuasan suami isteri ketika mereka ‘bersama’ dengan menganggap faraj akan menjadi ketat semula jika dijahit selepas bersalin.

Walau bagaimanapun, kesan sampingan terhadap jahitan tersebut akan membuatkan isteri berasa sakit dah perit. Malah ianya berisiko untuk mengalami pendarahan yang serius.

Lebih menyedihkan lagi apabila seorang suami meminta jahitan berkenaan ditambah tanpa memberitahu atau meminta kebenaran isterinya sendiri. Selepas bertahun-tahun, wanita itu baru menyedari mengenai kondisinya setelah dia membuat pemeriksaan lanjut dengan doktor.

‘Tolong lah jangan buat macam ini’

@drsandramdReply to @nurrul67 please let’s protect women! suami2 tolong la jgn buat camni! say No to husband’s stitch #drsandramd #healthcheck #husbandstitch? original sound – Sandra Raman MD

@drsandramdReply to @elyshiaabegail banyak informasi yang bercanggah, kita pun tak tau sangat siapa yang buat macam mane boleh terjadi #drsandramd #husbandstitch? original sound – Sandra Raman MD

Sumber : drsandramd

SKIP THIS AD ×