berita

Suami Neelofa Saran Netizen Bayar Hutang Untuk Kehidupan Yang Lebih Berkat.

December 27th, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Hutang wajib dibayar berdasarkan banyak ayat Al-Quran dan hadis.

Abu Hurairah R.A juga ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa roh orang yang beriman itu tergantung (ditangguhkan hisab amalannya) disebabkan hutang, sehingga dibayarkan untuknya hutang tersebut.

Nampak tak betapa pentingnya membayar hutang? Namun, masih ramai yang tidak mengendahkannya.

Haris Ismail tak mahu ramai leka bab bayar hutang!

Melihat ramai yang sering melengah-lengahkan pembayaran hutang atau dengan sengaja tidak membayarnya, Haris Ismail tampil berkongsi hukum dan tanggungjawab menyelesaikannya untuk mendapatkan kehidupan yang berkah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Padat betul nasihat yang ayah Bilal ni kongsikan!

Min harap lepas ni korang yang ada hutang tu bolehlah perlahan-lahan melakukan bayaran terutama sekali hutang pendidikan.

Lagipun, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  ada menawarkan tawaran menarik sekarang. So, jangan lepaskan peluang untuk buat bayaran balik pinjaman!

Kempen Jom Bayar PTPTN sediakan pelbagai tawaran menarik!

Selari dengan komitmen PTPTN yang mahu menggalakkkan bayaran balik pinjaman di kalangan peminjam dan meningkatkan kualiti perkhidmatan, mereka telah mengadakan Kempen Jom Bayar PTPTN bersempena dengan Hari Mesra Pelanggan PTPTN yang dijalankan serentak di seluruh Cawangan dan Pejabat PTPTN Negeri.

Diskaun bayaran PTPTN 2023

Program yang berlangsung sejak 12 Disember 2023 ini bakal melabuhkan tirainya pada 31 Disember 2023.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai tawaran menarik sepanjang kempen ini berlangsung.

Tawaran menarik yang disediakan oleh PTPTNadalah seperti berikut:

1. Nikmati diskaun bayaran balik pinjaman.

Pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 15%  mulai 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk selesaikan hutang PTPTN korang dan nikmati diskaun hebat ini.

2. Penstrukturan semula bayaran PTPTN.

Peminjam yang mempunyai tunggakan boleh membuat bayaran pendahuluan tunggakan sekurang-kurangnya RM300 untuk membuat penstrukturan semula pinjaman.

Ambil peluang ini sebaiknya untuk kurangkan komitmen bayaran bulanan korang sekarang.

Peluang macam ni jarang nak dapat!

3. Layak untuk sertai Cabutan Jom Bayar PTPTN.

Lebih menarik lagi, bila korang buat penstrukturan semula bayaran PTPTN atau menyelesaikan bayaran penuh PTPTN, korang layak untuk menyertai Cabutan Jom Bayar PTPTN yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan berjumlah RM70,000 kepada 140 pemenang.

Rujuk gambar rajah dibawah untuk Terma & Syarat Cabutan Jom Bayar PTPTN.

4. Cenderamata eksklusif PTPTN

Dapatkan  juga cenderamata eksklusif PTPTN daripada PTPTN sepanjang promosi ini berlangsung!

Promosi sah sehingga 31 Disember 2023.

Kunjungi seluruh Cawangan dan Pejabat PTPTN Negeri sempena Hari Mesra Pelanggan sekarang!

Klik SINI untuk maklumat lanjut.

 

SKIP THIS AD ×