
Seorang suami nekad untuk berpoligami selepas berasa tawar hati dengan sikap isterinya yang sering menolak ajakannya untuk melakukan hubungan intim.
Artikel Berkaitan: Tiga Minggu Ibu Meninggal Dunia, Bapa Kantoi Ada Isteri Kedua – ‘Ayah Penganggur, Mak Tanggung & Sekarang Dia Guna Duit Pencen Mak’
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Cuba Masuk Alam Poligami Kalau Tak Kuat’ – Bekas Isteri Kedua Nasihat Wanita Fikir Masak-Masak Sebelum Bermadu
Isteri tak suka bersama
Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut berkata setiap kali dia meluahkan hasrat untuk bersama, isterinya akan bersikap dingin terhadapnya.
Jelasnya, walaupun ajakannya sering ditolak namun dia tidak pernah culas dalam menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Walaupun isteri macam itu, saya tak pernah cari perempuan lain.
Ada saja perempuan di pejabat ajak tengok wayang dan keluar tapi aku tolak semua sebab aku fikir isteri adalah amanah.
Saya juga jenis yang suka buat kerja rumah.
Jelasnya, sejak lima tahun kebelakangan ini dia jarang tidur sebilik dengan isterinya, malah hubungan intim mereka hanya berlaku kira-kira sekali atau dua kali setahun.
Kata lelaki itu lagi, dia yakin untuk berkahwin seorang lagi atas sebab gajinya yang mencukupi untuk menampung keperluan lebih daripada satu keluarga.
Sekarang, saya dah berhubung semula dengan seorang perempuan yang saya betul-betul suka dari belasan tahun dulu.
Saya tak pernah abaikan isteri dan saya dah buat kira-kira, saya mampu jaga dua orang isteri dengan gaji dan kerja yang sekarang.
Saya rasa hidup gagal kalau tak kahwin dengan perempuan yang saya betul-betul cinta ni. Aku nekad nak jadikan dia isteri kedua.
Sumber: Threads