
Pelakon Erynne Erynna menegaskan bahawa individu yang sudah berumah tangga atau memiliki pasangan tidak sepatutnya menghantar mesej peribadi (DM) kepada dirinya mahupun wanita lain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jadilah Sebab Untuk Seseorang Tersenyum & Kekal Positif’ – Erynne Erynna
Artikel Berkaitan: ‘Manusia Ada Yang Allah Hadirkan Sebagai Nikmat Ataupun Ujian’ – Erynne Erynna
Jaga maruah

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Syazlynne Erynna Abdullah, 29, menegaskan bahawa setiap lelaki perlu menghormati pasangan masing-masing serta menjaga maruah dan harga diri, bukan sahaja secara peribadi tetapi juga di ruang awam.
Kepada suami orang atau lelaki yang sudah berpunya, tolong jangan DM saya mahupun wanita lain.
Sila hormat pasangan kalian dan diri sendiri.
Sebagai lelaki juga harus jaga maruah dan harga diri secara privately as well as publicly, bukan tertakhluk pada perempuan sahaja.
Jangan buat perkara yg boleh memalukan diri sendiri kerana nafsu.
Dalam masa sama, aktres filem ‘Congkak’ itu turut mengakui bahawa dirinya juga tidak terlepas daripada kelemahan dan kekurangan, serta kenyataan tersebut merupakan peringatan buat dirinya sendiri.
Sebagai manusia, maruah dan kawalan diri perlu ada.
Saya juga ada kelemahan dan keburukan sendiri, ini nasihat buat diri saya sendiri juga untuk sentiasa jaga diri.
Sumber: Threads








