berita

Suami Pasrah Isteri Meninggal Dunia 2 Hari Selepas Berkahwin

July 25th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang suami pasrah selepas isterinya yang baru sahaja dinikahi selama dua hari, meninggal dunia akibat penyakit usus, lapor Wolipop, semalam.

Hidup dipenuhi ujian dari kecil

Kisah yang menyayat hati itu telah dikongsikan oleh sahabat pasangan pengantin baharu berkenaan dan menjadi tular di media sosial Indonesia.

Difahamkan, arwah pengantin perempuan menghidap penyakit ‘gastroesophageal reflux’ atau GERD yang menyebabkan otot yang memisahkan esofagus dan perut menjadi lemah.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Julai lalu, sebelum pengantin perempuan dijemput ajal pada 19 Julai.

Menurut rakan, pengantin lelaki itu tabah menerima ujian dan tidak menyalahkan takdir.

Sejak dahulu lagi, hidupnya penuh ujian. Ibunya meninggal dunia semasa melahirkannya, pada usia 12 tahun, dia kehilangan nenek yang menjaganya dan kini, isterinya maut selepas dua hari bernikah.

Saya memuat naik video perkahwinan mereka dengan izin pengantin. Dia seorang yang sangat tenang, ceria dan tidak pernah mengeluh.

Netizen titipkan doa

Menjengah ke ruangan komen video yang dikongsikan akaun @jhankadul, rata-rata warganet turut bersimpati dengan pemergian arwah, selain menitip doa dan mengharapkan semuanya baik-baik sahaja.

Sumber: Wolipop, TikTok @jhankadul

SKIP THIS AD ×