berita

Suami Pernah Lafaz Cerai, Tak Buat Pengesahan Di Mahkamah, Rupanya 3 Tahun ‘Bersama’ Tanpa Ikatan Sah

May 25th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di dalam tidak sedar, rupanya sudah jatuh talak! Seorang wanita menyangka bahawa dirinya masih lagi berstatus suami isteri namun sebenarnya lebih tiga tahun dia hidup bersama suaminya tanpa ada ikatan yang sah.

Selama lima tahun berkahwin, suami tidak beri nafkah dengan betul

Sekadar gambar hiasan

Menerusi posting yang telah dikongsikan oleh peguam  Fahmi Ramli di Facebook, dia bercerita mengenai kisah seorang wanita  bekerjaya namun mempunyai masalah rumah tangga dengan suami. Dikatakan sepanjang tempoh perkahwinan mereka selama lima tahun, suaminya tidak memberi nafkah dengan betul. Meskipun, sudah dikurniakan seorang cahaya mata namun segala kelengkapan anaknya disediakan oleh dirinya sendiri dan suaminya tidak bertanggungjawab mengenai kebajikan anaknya sendiri.

Lebih perit lagi apabila suaminya itu kantoi curang dengan orang lain tetapi dia tidak dapat bertindak apa-apa kerana tiada bukti mengenai perkara berkenaan. Badannya sudah terbiasa dipukul banyak kali namun dia masih enggan membuat laporan polis.

Jika ditanyakan bab bergaduh, boleh dikatakan setiap minggu pasangan tersebut bergaduh kerana boleh dikatakan hampir setiap minggu pasti ada isu untuk dijadikan punca pergaduhan.

Suami melafazkan perkataan cerai banyak kali

Sekadar gambar hiasan

Mengimbau kembali peristiwa tiga tahun lalu, wanita berkenaan pernah bergaduh sehinggakan suaminya itu melafazkan perkataan cerai banyak kali.

Tengok-tengok, dia cakap, dulu masa 3 tahun yang lalu, mereka pernah gaduh. Sampai suami banyak kali sebut cerai. Tapi, sebab tak mahu panjang cerita, adalah orang nasihatkan kata tak sah lafaz cerai sebab suami tak ada niat. Jadi, wanita ini tak pergi Mahkamah memandangkan anak masih kecil katanya. Kesian tak ada ayah nanti kononnya.

Walau bagaimanapun, selepas lima tahun, wanita tersebut ingin memohon fasakh. Menurut peguam Fahmi, dia telah memberitahu tidak boleh membuat tuntutan fasakh kerana wanita terbabit mempunyai kes Pengesahan Lafaz Cerai yang perlu disahkan di Mahkamah Syariah.

Siapalah yang bagi nasihat macam tu. Kesian buat naya kat orang. Tak ada orang boleh sahkan lafaz tu melainkan Hakim Syarie sahaja puan.

Tidak buat Pengesahan Lafaz Cerai selama tiga tahun

Sekadar gambar hiasan

Tambahnya jika lafaz cerai berkenaan jelas tidak kira dalam keadaan marah, tidak sedar mahupun keadaan mabuk sekali pun perlu membuat pengesahan dan biar hakim yang menentukan sama ada talak berkenaan jatuh ataupun tidak.

Kalau lafaz tu jelas, suami sebut ‘aku ceraikan hang’ tak kira la apa jua keadaan masa tu, marah ke, tak sedar ke, mabuk ke, mesti dibuat pengesahan.

Apabila peguam berkenaan menceritakan kes yang pernah dihadapinya, wanita itu terkejut dan tidak menyangka bahawa perkara sebegini berlaku kepadanya dan tidak membuat Pengesahan Lafaz Cerai selama lebih tiga tahun.

Sementara itu, Fahmi Ramli sempat menasihati orang ramai agar sebarang lafaz cerai yang keluar dari mulut suami tidak kira di mana sekalipun wajib membuat pengesahan di Mahkamah Syariah.

Sumber : Fahmi Ramli

SKIP THIS AD ×