Pelakon Emma Maembong menyedari ramai orang yang memintanya untuk menutup aurat dan kembali berhijab seperti lima tahun lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Memang Nak Anak Ramai, Selepas Pantang Dah Cuba’ – Emma Maembong
Bukan makin muda
Ketika ditemui OhBulan!, Emma mengakui mempunyai hasrat untuk berubah menjadi lebih baik.
Kata Emma, 30, dia tidak akan selamanya tampil dengan imej tidak menutup aurat dan seksi.
Bagi saya setiap wanita Muslim beragama Islam, mereka semua mahu menuju ke arah kebaikan, begitu juga saya.
Tiada siapa yang mahu berbuat jahat akan selamanya kekal dengan imej sebegitu (membuka aurat).
Saya pernah pakai tudung, insya-Allah satu hari nanti, mesti saya akan ke arah itu semula (menutup aurat). Bila tiba masanya saya akan pakai (hijab).
Saya tidak akan selamanya begini sehingga ke tua. Saya pun mahu ke arah kebaikan kerana saya bukannya makin muda.
Emma berkata demikian ketika majlis sidang media The Masked Singer Malaysia (TMSMY3) yang berlangsung di Vivatel Kuala Lumpur, pada Selasa.
Selain Emma, barisan juri TMSYM3 adalah Ella, Elly Mazlein, Didie Alias, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Zul Ariffin.
Suami pun manusia biasa
Dalam pada itu, ditanya sama ada suaminya, Muhammad Shazli Azhar pernah bersuara atau terasa hati apabila dituduh tidak pandai menjaga isteri.
Kata pemilik nama Fatimah Rohani Ismail, dia menasihati suami untuk tidak mengendahkan komen pedas itu.
Suami saya pun manusia biasa. Bila dengar orang kata dirinya tidak pandai ajar isteri, sudah tentu dia terasa. Orang lain yang mendengar pun rasa seperti kasar sangat teguran sebegitu.
Saya ada bercakap dengan suami abaikan sahaja, sebab nanti kalau melayan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Lama-lama dia faham.
Sebelum ini, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta memberitahu dia memilih penampilan mengikut keselesaan bukan sekadar memenuhi kehendak orang lain.
Untuk rekod, Emma berkahwin dengan juruterbang dan dikurniakan seorang anak lelaki, Shariq Gabriel pada November 2020.
Sumber: Instagram @emma_maembongofficial