berita

Suami Positif HIV Gara-Gara Hubungan Sejenis, Mesej Terakhir Wanita Ini Undang Sebak

July 26th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Hati wanita mana yang tidak hancur tatkala hubungan yang dibina atas dasar cinta akhirnya hancur berkecai gara-gara suami ada orang ketiga. Apa yang lebih memilukan apabila orang ketiga itu sama jantina, sama jenis.

Menurut wanita itu, suaminya mula berkenalan dengan lelaki itu di Facebook dan tidak menyangka hingga disahkan positif HIV. Namun, mesej terakhir wanita ini buat kami sebak.

  Suami sah ada HIV

*Baca mesej gambar terakhir.

Saya menerima pm daripada seorang wanita, ibu kepada 4 orang anak yang semuanya masih kecil. Baru sahaja dapat pengesahan daripada keputusan Ujian darah suaminya, POSITIF HIV. Persoalan kenapa suaminya semakin berubah sejak 3 tahun kebelakangan ini terjawab, rupanya dalam tempoh itu ada hubungan dengan kaum sejenis yang kenal hanya melalui FaceBook.

Suaminya sebelum ini seorang yang baik dan sangat rapat dengan anak-anak. FB yang dibuka 3 tahun lepas bermula segalanya. Nauzubillahi minzalik, hari ini bukan medsos (media sosial) anak-anak sahaja, medsos pasangan juga perlu dipantau, banyak kes kecurangan hingga penzinaan bermula di FB, sangat banyak.

Suami berhubung di Facebook

Sejak beberapa bulan ni, saban hari suaminya bangun malam bermunajat bertaubat kepada Allah SWT, sentiasa dengan air mata merayu-rayu kemaafan daripada si isteri, anak-anak semuanya masih tidak mengerti.

Air mata darah sekalipun tidak akan mengubah hakikat yang sedang berlaku. Namun Allah sentiasa membuka pintu taubat dan rahmatNya. Isteri ini sedang mengumpul kekuatan untuk satu kemaafan yang menuntut bukan sedikit pengorbanan. Saya mohon doakan wanita ini terus positif melalui kehidupan dan diberi jalan keluar yang terbaik daripada Allah SWT. Wanita ini akan membaca doa dan kata semangat drpd kita semua.

Saya redha dengan ujian ini

 

*Ada pihak yang tidak bersetuju dengan pilihan wanita ini.
*Saya tidak mencadangkan apa-apa kepada beliau, samada teruskan dalam pernikahan atau berpisah, buat masa ini itulah pilihan yang dia sendiri buat, untuk akan datang kita sendiri tidak pasti. Doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.

U.Asma’ Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat

Saya nak bawa dia ke syurga bersama-sama

Sumber : Ustazah Asma’ Harun

 

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×