berita

Suami ‘Prank’ Benam Muka Dalam Kek, Pengantin Wanita Minta Cerai Sehari Selepas Perkahwinan

August 17th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Gara-gara bergurau, seorang wanita telah memohon perceraian terhadap suaminya selepas hanya sehari usia perkahwinan mereka.

Artikel Berkaitan: Aduh Sakitnya! Duburku Ditanduk Lembu Jantan

Menganggap perkara itu melampau

Gambar sekadar hiasan

Menerusi perkongsian di Dear Prudence Slate, wanita tersebut meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya yang telah melanggar perjanjian mereka.

Difahamkan bahawa pasangan tersebut telah membuat perjanjian yang telah dipersetujui bersama iaitu dengan tidak menolak kepalanya ke atas kek semasa majlis resepsi.

Perjanjian tersebut dibuat kerana wanita itu pernah mengalami serangan panik berikutan dia pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.

Sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dan mengenali saya dengan baik, dia tidak akan melakukan perkara tersebut. Namun, sebaliknya dia memegang belakang kepala saya lalu menolaknya ke dalam kek itu.

Tindakan suaminya itu disifatkan agak keterlaluan dan tidak dapat dimaafkan, namun ahli keluarganya meminta agar lelaki itu diberikan peluang sekali lagi.

Susulan itu, pengantin wanita tersebut memutuskan untuk meninggalkan majlis perkahwinannya dan nekad untuk memohon perceraian terhadap suaminya itu pada keesokan hari.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata mereka bersetuju dengan keputusan pengantin wanita berkenaan.

Sumber: Slate

SKIP THIS AD ×