Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki di Thailand tergamak memukul isterinya sehingga mati hanya kerana wanita itu tidak mandi.
Artikel Berkaitan: Suami Bunuh Isteri Hamil 8 Bulan, Sempat Setubuhi Mayat…Kejam!
Pukul dengan kayu
Foto: Portal Thaiger
Memetik laporan portal Thaiger, penyiasat di Balai Polis Mueang Roi Et iaitu Leftenan Phayung Kulkhamsaeng memaklumkan bahawa pihaknya menerima mengenai berkenaan sekitar jam 10.50 malam waktu tempatan.
Menurut polis, mereka yang tiba bersama petugas kesihatan hospital mendapati mangsa yang dikenali sebagai Praitun dalam keadaan tidak bernyawa di dalam bilik air.
Hasil pemeriksaan yang dibuat ke atas mangsa mendapati badan dan kepalanya mengalami kecederaan dipercayai dipukul dengan menggunakan kayu.
Mayat kemudiannya dihantar ke unit forensik Hospital Roi Et bagi proses bedah siasat.
Pukul dalam keadaan mabuk
Gambar sekadar hiasan
Suspek yang dikenali sebagai Watcharin kemudiannya berjaya ditahan pihak polis ketika sedang bersembunyi di dalam bilik air rumah berdekatan.
Sewaktu disoal siasat, Watcharin mengaku telah memukul isterinya dalam keadaan marah dan mabuk namun mendakwa dia tidak sedar bahawa isterinya sudah mati.
Watcharin juga mendakwa dia telah mengangkat dan membawa isterinya ke tandas untuk dimandikan, namun telah meminta bantuan daripada jiran selepas mendapati isterinya tidak memberikan sebarang respon.
Sumber: Thaiger