Pelakon Datin Fouziah Gous tampil memberi penjelasan tentang pangkat dan gelaran yang diberikan kepada suami, Datuk Zhafran Md. Yusof yang didakwa palsu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Menangis Dapat Tengok Helaian Rambut Milik Rasullullah
Ada watikah, kad & hitam putih
Menurut Fouziah, dia mempunyai segala dokumen dan watikah yang diterima daripada pihak istana sebuah negeri pada 2016.
Takkan kami nak tunjuk watikah pada semua orang sebab zaman sekarang orang suka manipulasi banyak benda. Banyak benda sensitif saya takut nak cakap lebih-lebih.
Saya bukan berkahwin dengan ‘sugar daddy’. Saya berkahwin dengan insan yang mencari duit bersama saya.
Kami saling membantu mencari apa yang diimpikan. Suami saya ada watikah, kad dan hitam putih.
Tegas Fouziah, 38, bukan pada dirinya patut disuarakan mengenai nama tiada dalam sistem sebaliknya semak dengan pihak bertanggungjawab.
Jika ia tidak dipaparkan dalam sistem, kenapa tanya kami? Sudah tentu kami pun nak tahu bagaimana ia boleh terjadi, tetapi takkan nak terus terjah.
Kita kena ada adab dan saya pasti ramai lagi memiliki gelaran, tetapi nama tiada dalam sistem.
Takkan kami nak tunjuk semua dokumen dan watikah, seolah-olah mempersoalkan kredibiliti sistem yang ada.
Tiada niat nak lari
Dalam pada itu, pemilik nama Nor Fouziah Mohd Gous turut tersinggung apabila dituduh mendiamkan diri selepas kecoh isu gelaran ‘Datuk palsu’ yang dijadikan tajuk akhbar utama.
Saya sedih, malu dan terkilan apabila ada media yang mengeluarkan tajuk sedemikian. Saya bukan nak membisu, tetapi saya ambil masa bertenang sebelum menjawab.
Saya tak lari lari daripada media, cuma saya kecewa dakwaan mengatakan saya membisu. Kali pertama akhbar ini mengatakan saya membisu mungkin saya terima.
Namun, hari esoknya tajuk sama digunakan. Rasanya tindakan ini tak patut. Tajuk ini membuatkan satu Malaysia memberi pandangan negatif kepada saya.
Sebelum ini, seorang pengguna Facebook berkongsi hantaran yang mendakwa nama suami Fouziah tidak tersenarai dalam sistem istiadat.
Selain Fouziah, nama suami Datin Paduka Eina Azman dan penyanyi, Datin Seri Heliza Helmi turut terpalit dalam isu berkenaan.
Sumber: Instagram @fouziahgous