berita

‘Suami Saya Bukan Menikus’ – Teruk Dikecam Netizen, Isteri Naz Tampil Pertahankan Suami

September 18th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru baru ini viral apabila pengacara Nazrudin Rahman mengkritik kenyataan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod. Walau bagaimapun, Naz telah tampil membuat permohonan maaf atas kelantangan dia dalam bersuara.

Isterinya juga turut terpalit dengan kontroversi yang melanda Naz. Di Instagram, isterinya meluahkan rasa kecewa dengan netizen yang mencemuh dan menghina mereka sekeluarga.

Kejadian ini menyakitkan hati kami

In light of the death threats, abuse and prayers wishing harm for my family, this is all I have to say about this matter:

Saya sebagai isteri Naz dan seorang muallaf membaca semua tohmahan terhadap suami dengan perasaan sangat kecewa.
Saudara2 kalian ada faham tak status yang suami saya tulis tu? Ada cuba sangka baik? Ya, penggunaan bahasa itu saya pun tak setuju tetapi kalau saudara ada cuba menbaca dengan hati terbuka Naz tak sekali pun mengutuk pengetua tahfiz, mahupun institusi tahfiz mahupun mempersoalkan mati syahid.

Naz membangkitkan statement pengetua sahaja yang dianggap terlalu awal dan seolah-olah memperlekehkan keselamatan anak2 syurga ini. Kejadian ini menyakiti kita semua, terutama Naz yang kampungnya dekat Keramat.
Tetapi saudara semua membuat pelbagai tanggapan terhadap suami saya yang saya canggah dan tidak boleh terima. Ya kalau suami saya berdosa atas penggunaan bahasanya, saya terima. Tetapi saudara semua terlepas ke dari dosa bila doakan kematian suami dan keluarga saya?

Saya ini masih tengah belajar

Saudara ada terfikir sekali pun susahnya Naz nak membimbing muallaf dan anak2 yang kecil ke jalan yang benar? Naz adalah manusia. Akan juga membuat salah dan silap. Saudara pun sama. Saya ini yang masih tengah belajar pun faham tetapi hati saya luluh melihat saudara Islam sendiri mencaci pendirian dan keperibadian suami saya malah keluarga saya tanpa belas kasihan, medoakan kematiannya dan mengaminkan neraka untuknya…

Saudara rasa ini wajar?
Suami saya telah mengeluarkan kenyataan rasmi di channel media yang lebih bernas dari social media. Bukan menikus. Masih mencari kebenaran dan masih ingin bersuara untuk keselamatan anak2 yang bersekolah di tahfiz. Bukan untuk saudara membuat tanggapan apa sumbangan Naz kepada institusi Islam sebab Naz dan saya sahajalah yang tahu apa yang dibuat ikhlas untuk Allah SWT.

Saya sebagai isteri Naz meminta maaf atas apa yang terjadi tetapi saya tidak boleh maafkan saudara terutama yang Islam yang doakan kecelakaan bagi kami.
Sudahlah dari seorang isteri yang kecil hati dengan masyarakat kita.

Ikhlas,
Sheahnee Iman Lee

Sumber : Sheahnee Iman Lee

SKIP THIS AD ×