Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki di India nekad membuat laporan polis terhadap bapa kandungnya yang didakwa menggoda isterinya sehingga wanita itu bersetuju melarikan diri bersamanya.
Bapa rampas isteri
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Oddity Central, lelaki terbabit iaitu Pawan Vairagi memberitahu bahawa dia sering bekerja di luar dan berjauhan dengan isterinya. Kemungkinan dalam tempoh tersebut, Ramesh Vairagi mengambil peluang dengan menghabiskan masa bersama menantunya (isteri Pawan) sehingga mereka berdua jatuh cinta.
Lebih menyedihkan apabila wanita itu tergamak melarikan diri bersama Ramesh dan meninggalkan Pawan serta anak perempuan mereka yang baru berusia enam bulan.
Susulan daripada itu, Pawan bertindak membuat laporan polis dengan menuduh bapanya merampas isterinya serta mencuri basikal miliknya yang digunakan oleh pasangan itu untuk melarikan diri. Namun Pawan menganggap isterinya itu tidak bersalah sebaliknya semua yang berlaku berpunca disebabkan Ramesh.
Sumber: Oddity Central