berita

Suami Subahat Rompak Isteri Sebab Nak Tuntut Insurans

July 20th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara mahu membuat tuntutan insuran palsu, seorang lelaki disyaki bersubahat dengan tiga penyamun dan memecah masuk rumahnya sendiri di Taman Hijau, Karak.

Suami rompak isteri tuntut insuran

Kenderaan yang dinaiki perompak ketika melarikan diri

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong iaitu Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berdasarkan laporan yang dibuat, mangsa mendakwa didatangi tiga lelaki bertopeng yang mengacukan parang lalu menggeledah rumahnya.

Suspek kemudian melarikan diri menaiki kenderaan jenis Perodua Alza berwarna putih yang diletakkan di hadapan rumah terbabit.

Suspek berjaya melarikan sejumlah barang kemas dianggarkan bernilai RM16,000. Ketika kejadian, mangsa, 42, tinggal bersendirian sementara ibu, anak, dan suaminya pergi ke rumah saudara mereka.

Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 33 dan lelaki warga asing berusia 24 tahun. Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek warga tempatan terbabit mempunyai rekod lampau membabitkan kes rompak.

Suami mangsa dipercayai menjadi dalang utama rompakan ini dipercayai semata-mata bagi tuntutan insuran.

Keempat-empat suspek ditahan dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (rompakan berkumpulan menggunakan senjata). Jika disabit bersalah, suspek boleh dijatuhi hukuman penjara mencecah 20 tahun dan disebat.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×