berita

Suami Terkejut Isteri Tak Takut Lipas, ‘Aku Kahwin Dengan Darah Pahlawan Ke?’

April 3rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sesetengah orang menganggap lipas adalah antara haiwan yang paling ditakuti walaupun saiznya cuma kecil sahaja tetapi haiwan tersebut mampu terbang sehingga digeruni ramai orang. Tetapi tidak semua orang takut terhadap lipas malah ada yang berani untuk memegangnya.

Selamba je tangkap lipas guna tangan

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang wanita berani memegang lipas seperti tiada apa yang perlu ditakutkan. Perkara yang dilakukan oleh wanita terbabit membuat suaminya sendiri terkejut dengan selamba menangkap dua ekor lipas yang berkeliaran di dalam rumah mereka lalu menunjukkan kepada suaminya tanpa rasa geli atau menjerit.

Wanita tersebut memegang haiwan itu dengan menggunakan tangannya sendiri lalu memberi dua ekor lipas kepada suaminya memandangkan suaminya takut dengan haiwan tersebut. Akibat terlampau takut dengan lipas, suaminya itu termencarut kepada isterinya sendiri.

Video penuh :

Sumber : kingrep_

SKIP THIS AD ×