Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan kisah perit yang dilaluinya apabila bekas suaminya tergamak membina sebuah keluarga dengan anak perempuannya.
‘Saya tak percaya..’
Sekadar gambar hiasan
Menceritakan kembali kisah itu, wanita yang dikenali dengan nama Tifanny dari Washington mendakwa dia merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun. Namun jodoh mempertemukannya dengan si suami, Mark dan mereka telah berkahwin selain berjanji akan bersama-sama membesarkan anak perempuan Tifanny.
Pada tahun 2010, Tifanny dan suaminya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dan mereka hidup dalam sebuah keluarga yang bahagia. Namun siapa sangka, pada ulang tahun kelahiran puteri Tifanny yang ke-18 tahun, Mark membuat pengakuan bahawa dia telah menjalinkan hubungan dengan anak gadis Tifanny dan akan meninggalkan Tifanny. Tifanny bagaimanapun tidak membantah keputusan Mark.
Saya tidak percaya ini. Saya seperti tidak dapat menerima. Saya berasa hancur, marah, jijik, setiap perasaan yang saya dapat rasakan. Saya pasti sesuatu telah berlaku semasa anak saya masih di bawah umur. Sementara anak saya seakan tidak tahu perkara itu salah dan jijik.
Setahun kemudian, Tifanny menerima berita bahawa anak perempuannya telah hamil dan sejak daripada itu, Tifanny membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan anak dan bekas suaminya.
Anak lelaki saya mengalami kesukaran untuk memahami mengapa kakak dan ayahnya tiada, saya tidak memberitahunya perkara sebenar. Saya beritahu dia kakaknya pergi ke universiti dan ayahnya terpaksa pergi buat sementara waktu.
Difahamkan, anak perempuan Tifanny yang kini berusia 22 tahun telah hamil anak kedua dan anak-anak gadis itu merupakan cucu Tifanny dan adik-beradik tiri anak lelakinya. Tambah Tifanny lagi, sehingga kini dia masih terkilan dan tidak dapat menerima apa yang berlaku dalam keluarganya.
Sumber: New York Post