berita

Suami Youtuber Terkenal Ditahan Dakwaan Cederakan Isteri

July 22nd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Suami kepada pasangan Youtuber sensasi ditahan polis di atas tuduhan mencederakan isteri menggunakan senjata berbahaya. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, semalam.

Didakwa mabuk, pukul isteri

Foto: Harian Metro

Menerusi laporan Harian Metro, pasangan itu mula bertengkar di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh petang semalam.

Sumber berkata, ia berpunca apabila mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima anugerah baru-baru ini.

Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.

Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan.

Dakwaan mengatakan suspek datang mencari adik iparnya susulan masalah keluarga.

Percaya kes berhubung masalah keluarga

Mahkamah Majistret Ipoh mengeluarkan tahanan reman terhadap suspek selama tiga hari bermula hari ini. Suspek yang berusia 29 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian tersebut.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×