berita

Suara Mirip Cakra Khan, Pernah Dapat Perhatian Christina Aguilera, Kenali 4 Rookie Vokal Mania Minggu Ini!

October 31st, 2020 | by AnisAffandi
Shout Out!

Hadir dengan format terbaru, Vokal Mania kini kembali dengan episod kedua yang menampilkan 4  rookie baru iaitu Daniesh Suffian, Fiera, Razak A’ai dan Nuha Bahrin.

Artikel berkaitan: Pernah Buat Orang Geram Dalam Drama, Netizen Puji Wafariena Nyanyi Lagu Tokti Dalam Vokal Mania

Episod 1 minggu lalu menyaksikan 2 rookie berjaya mengalahkan 2 idol, tetapi pada minggu ini dapatkah kesemua rookie menyaingi kehebatan idol mereka? Segalanya bakal terjawab pada Sabtu, 31 Oktober jam 9 malam!

Suara macam Cakra Khan?

Salah seorang rookie yang juga merupakan seorang penyanyi, Razak A’ai dikatakan mempunyai suara mirip penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan. Dia yang bernaung di bawah Todak Music ini juga sudah mempunyai sebuah lagu ciptaannya sendiri iaitu Aku Setia. Mempunyai vokal sedemikian, adakah dia mampu untuk mencabar idol yang bakal berentap dengannya?

Selain itu, seorang lagi rookie iaitu Nuha Bahrin juga sudah dikenali menerusi laman youtube dan instagramnya kerana sering membuat cover lagu. Pernah mendapat ‘repost’ dari penyanyi antarabangsa Christina Aguilera dengan hasil nyanyiannya, Nuha juga dilihat mempunyai kemampuan untuk mencabar idol.

Selain Razak, Daniesh Suffian juga merupakan seorang penyanyi dan namanya lebih dikenali setelah dapat berduet bersama penyanyi no 1 negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari. Daniesh yang dikatakan mirip rupa Christiano Ronaldo ini juga sudah mempunyai beberapa buah lagu sendiri dan merupakan salah seorang peserta Immortal Songs.

Pernah tembus ke pusingan separuh akhir Rentak Juara pada tahun 2017, rookie seterusnya iaitu Fiera juga antara yang dilihat mempunyai kelebihan dalam mencabar kehebatan idol.

Juri awam tentu Rookie Star Award

Setiap minggu juga salah seorang rookie akan menerima Rookie Star Award hasil daripada 70% undian juri awam dan selebihnya daripada juri tetap. Sebelum ini kita telah saksikan Aisha Retno telah menerima anugerah tersebut, pada minggu siapakah yang akan menjadi pilihan juri awam?

Selain itu, Aisha Retno bersama rookie lain iaitu Nuha Bahrin, Danial Chuer, dan Daus Husny telah tampil dengan cover lagu 7 Rings nyanyian Ariana Grande. Cover lagu itu telah dimuat naik di laman Youtube TV9 Official.

Jangan lupa saksikan konsert kedua Vokal Mania untuk ketahui apa yang bakal berlaku dan siapa yang akan akan memenangi battle!

SKIP THIS AD ×