Gambar sekadar hiasan
Selepas menghadiahkan pelbagai barangan mewah, seorang lelaki di Queens, New York bertindak menyaman teman wanitanya apabila mendapat tahu dirinya ditipu wanita berkenaan.
Artikel Berkaitan: Mengaku Berzina Ketika Masih Bergelar Isteri, Ibu Muda & Kekasih Bakal Disebat 100 Kali
Kantoi dah bersuami
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan New York Post, lelaki tersebut bertindak demikian selepas mendapat tahu teman wanitanya itu sudah pun berkahwin dan mempunyai anak.
Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai Chaoran Li itu mula bertemu janji dengan wanita yang bernama Maio Tingli pada April 2022 yang lalu.
Lebih menyedihkan apabila dia mengatakan pernah melutut di hadapan wanita tersebut dan melamarnya selepas hanya sebulan berkenalan.
Menjelang perkahwinan mereka, Chaoran, 31, menghadiahkan Tingli, 38, cincin pertunangan bernilai lebih AS$55,000, (RM248,930), sebentuk batu permata nilam berharga AS$6,200 (RM28,061) dan cincin batu delima berharga AS$6,300 (RM28,513).
Berang dengan kebenaran yang pahit itu, Chaoran bertindak memutuskan hubungannya dengan Tingli pada Mac yang lalu dan kini menuntut semua barangan berharga itu dalam pemfailan undang-undang.
Walau bagaimanapun, ketika membuat tuntutan, Chaoran tidak memaklumkan bagaimana dia mengetahui tentang keluarga Tingli.
Sumber: New York Post