
Penyanyi dan pelakon, Elliza Razak memaklumkan keadaan sahabat baiknya yang juga pelakon, Lydia Ibtisam masih berada pada tahap kritikal, namun pasukan pakar perubatan sedang berusaha untuk menstabilkan keadaannya.
Artikel Berkaitan: Lydia Ibtisam Kritikal Di Hospital, Elliza Razak Mohon Doa Orang Ramai – ‘Kalau Boleh Buat Solat Hajat Untuk Dia Sembuh’
Maslaah auto immune

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Elliza turut merayu agar orang ramai terus menitipkan doa dan mengadakan solat hajat buat Lydia dengan harapan keajaiban akan berlaku.
Terima kasih doakan yang terbaik untuk Lydia. Keadaan dia sangat kritikal sekarang dan doktor sedang berusaha sedaya upaya untuk menstabilkan keadaan Lydia buat masa ini.
Keajaiban boleh berlaku kan? Tolong bantu Lydia dan seluruh keluarga dia dengan doa banyak-banyak dan kalau sudi hadiahkan solat hajat untuk dia.
Dalam perkongsian sama, Elliza turut mendedahkan Lydia sebenarnya sudah hampir lapan tahun berjuang melawan penyakit ‘auto immune’ yang kini semakin serius apabila melibatkan beberapa organ dalam tubuhnya.
Ramai tanya dia sakit apa, dia mengalami masalah auto immune hampir lapan tahun dah. Sekarang banyak organ dah kena serang.
Buat masa ini itu sahaja saya boleh jelaskan atas info dan kebenaran suami Lydia iaitu Ezam.
Sekadar info, ‘auto immune’ atau autoimun merupakan keadaan apabila sistem imun badan tersilap menyerang sel dan organ yang sihat, sekali gus menyebabkan keradangan serta kerosakan pada pelbagai bahagian tubuh.
Terdahulu, Elliza berkongsi khabar duka mengenai keadaan Lydia yang sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan selepas dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal.
Sumber: Instagram








