berita

Sudah Mula Aktif & Gigi Sudah Tumbuh, Ini Antara Perkembangan Positif Adik Ainul Mardhiah

January 15th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menunjukkan tanda positif selepas menjalani pembedahan membuang ‘Germ Cell Tumor’ di mulut, bayi kesayangan ramai iaitu Ainul Mardhiah, semakin aktif dan lasak sejak belakangan ini. Menerusi laporan Harian Metro, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak berkongsi perkembangan terkini anaknya. Alhamdulillah!

Air liur kerap mengalir

Menurut Ahmad Safiuddin, sejak seminggu ini, gusi anaknya itu semakin bengkak disebabkan giginya hendak tumbuh lagi. Tambahnya, perubahan tersebut dapat dikesan apabila air liur anaknya kerap mengalir. Terdahulu, gigi bawah Ainul sudah mulai tumbuh selepas dia menjalani pembedahan di United Kingdom (UK). Berat badannya juga mengalami perubahan yang positif.

Setiap bulan, kami akan membawanya menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Melaka untuk memantau perkembangan hasil pembedahan yang dijalankan di United Kingdom (UK), tahun lalu. Pemeriksaan ini termasuklah menjalani Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

Setakat ini, alhamdulillah selepas enam bulan pembedahan berlangsung, perkembangannya cukup baik. Kami bersyukur kerana doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) datang ke Hospital Melaka setiap bulan, sekali gus memberi kesempatan untuk turut memantau perkembangan Ainul yang masih tetap memakai oksigen.

Bayi kesayangan rakyat Malaysia

Sejak pembedahan yang dijalankan berjaya, masyarakat Malaysia sentiasa ingin melihat perkembangan Ainul. Ahmad Safiuddin memberitahu bahawa perkembangan kesihatan anaknya itu cukup baik dan masih perlu dipantau secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan lagi. Sebagai bapa, dia bersyukur ramai pihak sayang dan mengambil berat mengenai kesihatan anaknya itu.

Setiap Khamis juga, kami menjemput juru fisioterapi untuk datang ke rumah bagi membolehkan Ainul menjalani rawatan secara intensif untuk proses pembesarannya. Alhamdulillah, Ainul memang aktif malah akan menggapai apa sahaja termasuk wayar di badannya.

10 Jun tahun lalu, Ainul telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selama lima jam di hospital kanak-kanak di London. Pembedahan membabitkan perbelanjaan mencecah RM1 juta itu berjaya direalisasi oleh Dr Nur Amalina dan beberapa orang pakar bedah dan anestetik.

Sumber: Harian Metro & Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×