
Usahawan dan personaliti media sosial, Shaniena Natasya kesal terhadap segelintir warganet yang kurang senang melihat dirinya bertenaga selepas bersalin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaniena Natasya Nafi Jadi Isteri Kedua – ‘Aku Tak Pernah Sondol Suami Orang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sakit Tekak & Demam Lagi Teruk Dari Bersalin Czer’
Aktif selepas bersalin
Menerusi perkongsian di TikTok, Shaniena ke sebuah pusat beli belah untuk membeli barangan keperluan rumah, malah dia juga memandu sendiri kenderaannya.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet memuji Shaniena yang dilihat aktif meskipun baru sahaja melahirkan anak sulungnya secara pembedahan caesarean (czer).
Czer kena banyak bergerak macam ini barulah sihat dan perjalanan darah pun lancar.
Kadang-kadang habis bersalin terlalu manja pun susah juga, jadi lebih baik aktif macam Shaniena ni.
Bersalin czer memang kena rajin bergerak, barulah luka cepat sembuh dan tak ada darah beku.
Jangan bandingkan

Walau bagaimanapun dalam hantaran di laman Threads, Shaniena meluahkan rasa kecewa terhadap warganet yang suka membandingkan prosedur bersalin di hospital kerajaan dengan hospital swasta.
Sudah-sudahlah cakap saya bertenaga sebab bersalin dekat hospital swasta. Benda ini akan menakutkan orang lain.
Ingat, semuanya adalah tentang pemikiran kita. Mak saya hidup elok je lepas lahirkan saya dekat hospital kerajaan.
Pada awal Jun, Shaniena berkongsi berita gembira dengan memaklumkan dirinya selamat menimang cahaya mata pertamanya yang digelar ‘Princess S’.
Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei 2023.
Sumber: TikTok & Thread Shaniena Natasya






![[VIDEO] Penghuni Syurga Boleh Bantu Penghuni Neraka? Ini Penjelasan Ustaz Adnin](https://asset.ohbulan.com/2026/08/adnin.jpg)

