berita

Sudahlah Hadiah Tanah Tak Dapat, Barangan Kemas Pula Fake?

August 25th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Penyanyi Aishah yang popular dengan lagu Janji Manismu ini pernah menyertai sebuah program nyanyian realiti dan mendapat tempat pertama. Menerusi kejuaraannya itu, dia memenangi pelbagai hadiah mewah termasuk tajaan berlian oleh usahawan terkemuka Malaysia.

Aishah meluahkan rasa kesal dengan tindakan penganjur dan penaja platinium rancangan tersebut kerana janji tidak ditepati. Tambahnya pula, dia juga kecewa dengan harga berlian sekitar RM80 ribu yang dicanang penaja dan bila dinilai rupanya…

Bila dinilai rupanya…

Jangan sangka yang berkerdipan itu intan permata…hahahah apa perasaan uolls bila dah gebang2 pukul canang harga barangan ribu riban bila dinilai rupanya sekadar ……sedih bila artis diperlakukan begini.Dah lama kami pendam rasa beri peluang utk. pihak terbabit memberi reaksi atau mungkin membetulkan keadaan tapi hampa.Kalau pun hadiah tambahan boleh main tipu2 je ke????I really do not understand cara sebegini…salah ke I bersuara???

I dianggap artis pembangkang

Kenangan…semua yg melalui GV hingga ke final akan tau hecticnya jadual selama 8minggu. Pada usia 52 tahun ianya sgt mencabar…kemenangan sebagai juara sgt manis bagi I seorang artiste yg telah digam sejak 2012, terima kasih tak terhingga kepada Astro kerana berani menjemput I ketika itu, mereka byk diganggu dari orang2 tertentu yg tidak suka I popular semula kerana I dianggap artiste pembangkang. Itu semuanya kenangan manis kecuali beberapa perkara. Boleh dijadikan satu pengajaran utk kita semua mungkin…semoga kita dapat muhasabah diri.

I cukup bersemangat

Dalam banyak hadiah ada satu yg membakar semangat I utk perform sepenuh jiwa… Cerita tanah ni yg membuatkan I tersentuh sangat kenapa? Berpuluh tahun I menunggu pusaka arwah ibu dan ayah yg tak diselesaikan (31 tahun to be exact) tapi sedara sedarah sedaging tidak menjalankan amanah sehingga hari ini. Bukan sikit2 tanah pusaka tapi malang tak diselesaikan. Bila I dapat tahu salah satu hadiah GV5 adalah tanah lot banglo I cukup bersemangat.Target I masa dpt tau hadiah tanah tu was to be in the top three. Cita2 di usia begini nak buat rumah setingkat (kaki sakit nak panjat tangga) Rumah orang pencen bukan nak buat istana pun. Bila masalah timbul, benar2 menitiskan airmata I…mungkin rumah baru yg I impikan tu 6 kaki ke bawah je utk I…Wallahu a’lam…FYI hadiah wang tunai,percutian dan gift cards me.

Sumber: Aishah

SKIP THIS AD ×