Di Twitter, penyanyi, Naim Daniel didakwa meluahkan pendapat peribadinya terhadap sikap sesetengah golongan menteri yang berada di negara ini.
Menjadi pisau cukur?
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang melihat pelbagai perubahan sejak pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu, Naim dipercayai menjadi wakil kepada golongan yang terkesan.
Saya letak diri saya sebagai seorang rakyat, kita tahu dengan apa yang berlaku ketika fasa pandemik dalam masa setahun ini. Kita nampak perubahan ketara, ada baik buruknya kepada rakyat terutama mereka yang betul-betul terkesan sehingga terpaksa melakukan dua atau tiga kerja untuk meneruskan kehidupan, malah hingga ada yang terkorban nyawa seperti penghantar makanan.
Menerusi laporan Astro Gempak, Naim memberitahu bahawa setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara. Namun, ‘ciapan’ yang ditulisnya itu tidak dituju secara khusus terhadap mana-mana pihak.
Hati seorang rakyat
Sebagai rakyat kita juga mempunyai suara untuk apa yang berlaku. Pada masa yang sama, saya tidak pukul rata kepada mana-mana pihak. Tapi kita tahu siapa yang lakukan tugas atau siapa yang melakukan tugas dengan sambil lewa. Ini adalah soal tanggungjawab.
Jadi apa yang saya tulis itu adalah dari hati seorang rakyat. Secara suka atau tidak, kita semua sedar apa yang berlaku sekarang ini kesannya akan dirasa oleh rakyat. Apapun, kita tidak akan sembarangan meluahkan rasa, kalau kita tidak merasa sesuatu perkara itu.
Setakat ini, hampir 17 ribu orang sudah ‘retweet’ ciapan tersebut dan lebih 24 ribu memberi tanda suka. Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Naim dan mereka menyifatkannya sebagai seorang anak seni yang berani bersuara demi kebaikan rakyat Malaysia khususnya golongan yang terjejas.
Sumber: Naim Daniel & Astro Gempak