
Peminat muzik K-pop di Malaysia dan Singapura bersiap sedia untuk mendapat pengalaman yang luar biasa apabila SAH Entertainment dengan bangganya membawa ahli kumpulan Big Bang iaitu Daesung yang bakal diadakan di Arena @ Expo, Singapura pukul 8 malam pada 2 Ogos depan.
Artikel Berkaitan: Sufi Rashid Syukur Rakan Niaga Kena Bayar Ganti Rugi RM165K
Artikel Berkaitan: Bertahun Pendam Perasaan, Sufi Rashid Jawab Sebab Isteri ‘Lari’ Ketika Ibu Naik Pelamin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sufi Rashid Bakal Timang Anak Pertama Selepas 5 Tahun Kahwin, Bawa Isteri Tonton Konsert Adele Di Jerman Sebab Mengidam
Harga tiket berpatutan
Konsert yang diberi nama D’s Wave 2025 Asia Tour In Singapore ini merupakan sebahagian daripada jelajah dunia penyanyi berkenaan di Asia Tenggara.
Daesung juga dijangka mempersembahkan pelbagai lagu hitnya yang pasti akan menggegarkan pentas serta menghiburkan ribuan peminat yang hadir.
Menurut Pengarah Urusan SAH Entertainment iaitu Sufi Rashid, pihak pengurusan sudah menetapkan harga yang terbaik buat peminat yang mahu menyaksikan idola mereka di depan mata.
Bukan itu sahaja, Sufi memberitahu mereka juga akan membuat sesi Meet And Greet bersama Daesung pada hari kejadian.
Untuk konsert Daesung kali ini pihak penganjur bersetuju untuk memberikan harga yang berpatutan buat peminat-peminat yang dah lama nak saksikan penyanyi itu depan mata mereka.
Istimewanya kali ini, bukan sahaja pada harga tiket malah kami ada menyediakan faedah seperti sesi Meet And Greet bersama Daesung.
Konsert Kpop pertama
Dalam pada itu, kata Sufi, ini adalah salah satu detik bersejarah buat syarikatnya kerana ini adalah kali pertama dia dan pasukan menganjurkan konsert artis K-pop.
Malah Sufi mempunyai perancangan untuk membawa beberapa lagi penyanyi daripada Korea Selatan untuk mengadakan konsert sama ada di Malaysia atau Singapura.
Ini konsert artis K-pop pertama yang kita buat, lagi pula siapa tidak kenal Daesung yang juga salah seorang ahli kumpulan Big Bang.
Jadi tidak salah untuk kami mencuba anjurkan artis K-pop dan mungkin buat perancangan masa depan akan ada lebih banyak lagi insya-Allah.
Ditanya mengenai harapan buat konsert Daesung ini, Sufi berkata, dia mengharapkan peminat-peminat yang hadir nanti akan bergembira dan berseronok merasai pengalaman melihat idola mereka menyanyi di hadapan mata.
“Saya cuma berharap peminat-peminat yang hadir nanti bergembira dan berseronok sahaja ketika menyaksikan Daesung menyanyi dan hiburkan mereka.
“Saya juga yakin konsert itu nanti akan berikan mereka satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” ujarnya.
Harga tiket konsert D’s Wave 2025 Asia Tour In Singapore bermula daripada SGD288 (VIP), SGD238 (Diamond) dan SGD208 (Platinum) akan mula dijual pada 23 Jun ini, melalui platform di sistic.
Peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket awal kerana permintaan konsert ini dijangka sangat tinggi.