Penyanyi, Sufian Suhaimi selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Rania Al Sadat dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada awal pagi Jumaat.

Artikel Berkaitan: Sufian Suhaimi, Rania Al Sadat Nikah Hari Ini

Tahniah!

Berita baik itu dikongsikan oleh adik kepada Sufian, Salihin Suhaimi menerusi Instagram Story (IGs).

Menerusi foto yang dimuat naik, kelihatan dua pasangan ini begitu manis mengenakan busana pengantin sejurus selepas bernikah.

Majlis akad nikah itu disempurnakan Sufian dengan sekali lafaz disaksikan oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Dalam majlis tersebut, Sufian menyerahkan mas kahwin berupa 1 dinar emas, bersama tiga dulang hantaran berbalas lima, termasuk sebentuk cincin dan gelang buat pengantin perempuan.

Walau bagaimanapun, jumlah wang hantaran bagi perkahwinan Sufian itu tidak dinyatakan.

Selamat pengantin baharu!

@ohbulanofficial Bagai pinang dibelah dua! ??kredit: @MVM Music #ohbulan #fyp #news #terkini #sufiansuhaimi #kahwin ? original sound – OHBULAN!

Sebelum ini, Sufian ketika ditemu bual mengakui sudah bersedia bergelar suami dan tidak menolak kemungkinan menamatkan zaman bujang dalam waktu terdekat.

Katanya, niat ingin membina masjid pada tahun ini diharapkan dipermudahkan dan tidak sabar untuk berkongsi berita gembira kepada umum.

Imbas kembali, Sufian dan Rania pernah putus tunang pada April tahun lalu selepas penyanyi itu memberitahu cincin risik yang diberikan sudah dipulangkan.

Bagaimanapun, pada Januari lalu, cinta mereka dikatakan bertaut kembali apabila dilihat keluar meluangkan masa bersama.

Sumber: IGs Salihin Suhaimi