Di Instagram, penyanyi, Heliza Helmi memberitahu bahawa dia dan adiknya, Hazwa Helmi positif Covid-19 pada November lalu. Jelas Heliza, dia mengalami semua simptom berhubung wabak tersebut.
Perjalanan yang panjang
Perjalanan yang panjang. Lama sebenarnya simpan perkara ni, lama kami fikir, perlu share ke or tak perlu. Kisah dan perjalanan yang panjang, keluar rumah dari November 2020, December 2020 sampai 1/1/2021 (sempena tahun baru) barulah kami balik rumah jumpa keluarga. Panjang kan? Aturan ALLAH itu begitu indah dan cantik. Ingat tak Kakja pernah cakap ada rahsia nak bagitahu. Tapi tulah, nama pun rahsia takkan nak bagitahu pula.
Menurut Heliza, pengalamannya sebagai pasakit Covid-19 antara momen yang tidak akan dilupakan. Lebih-lebih terpaksa menjalani kuarantin dengan adik kandungnya, Hazwa. Tambah Heliza, perjalanan mereka dua beradik amatlah panjang sebelum pulang ke pangkuan keluarga pada 1 Januari yang lalu.
Heliza turut memaklumkan bahawa kesakitan yang dialami ekoran wabak Covid-19 itu tidak sama seperti sakit yang lain. Mereka berdua hanya mampu memberi kata-kata semangat antara satu sama lain pada waktu tersebut. Berkongsi lebih lanjut, Heliza turut menceritakan mengenai situasi adiknya yang sakit dan terpaksa menghadiri kelas dan peperiksaan secara online.
Lihat ambulans keluar masuk
View this post on Instagram
Kami melihat bagaimana setiap hari keluar masuk ambulans terlalu kerap, pesakit daftar terlalu ramai, frontliners pula macam tak pernah rehat. Setiap waktu akan ada annoucement. 2 pagi, 3 pagi 5 pagi. Kita kena sentiasa bersedia nama kita di panggil. Di situlah lagi jelas nampak bagaimana pengorbanan frontliners terlalu besar. Tulis ni pun sebak Ya Allah.
Masa kena Covid, nak bangun pun macam tak mampu sebenarnya. Nak sujud pun rasa macam melayang dah.
Heliza dan Hazwa yang ditempatkan di Hospital Sungai Buloh, turut menghargai usaha petugas barisan hadapan yang sentiasa berjaga siang dan malam. Ujar Heliza, dia benar-benar merasai semua simptom wabak tesebut dan bersyukur kerana Allah masih memberi peluang buatnya untuk hidup.
Sumber: Heliza Helmi