berita

Suka Berpiknik Dengan Family & Kawan-kawan? Jom Singgah 5 Port Air Terjun Yang Menarik Ni. Confirm Best!

August 26th, 2022 | by Syamirul
Kini Trending

Semua orang mesti teringin nak pergi ke tempat menarik yang boleh tenangkan fikiran untuk hilangkan stress kan?

Tapi bila ada duit lebih sikit mulalah ramai yang akan terbang ke luar negara, walhal di tanah air kita pun sudah ada banyak tarikan menarik yang boleh diterokai bersama yang tersayang.

Hemm, apa kata korang try ajak family atau kawan-kawan korang berpiknik di air terjun. Mesti best!

Jom kita tengok port air terjun mana yang korang boleh pergi nanti!

5 air terjun yang best dan menarik!

Aktiviti hujung minggu sering dihabiskan untuk berhibur, melakukan aktiviti dan bergelak ketawa bersama keluarga atau kawan-kawan.

Jika korang masih belum ada apa-apa plan lagi untuk menghabiskan cuti hujung minggu ini, apa kata korang berkunjung dan berkelah di kawasan air terjun yang confirm menjanjikan ketenangan dan keindahan alam semulajadi.

Ni min nak suggest kan beberapa port air terjun yang korang boleh kunjungi :

1. Air Terjun Templer

Untuk pengetahuan korang air terjun Templer ni, terletak di Hutan Simpan Templer di kawasan jalan Kuala Lumpur, Rawang  dan sering menjadi perhatian orang ramai kerana lokasinya yang dekat dengan ibu kota. Senang lah nak pegi sebab dekat je kan.

Dengan keindahan panorama yang memukau serta menjanjikan kelainan, kedinginan air sungai dan air terjun bertingkat yang menarik ini pastinya menjadi port pilihan ramai orang untuk berkelah. Sangat sesuai untuk korang yang sukakan ketenangan!

2. Air Terjun Sungai Congkak

Air terjun Sungai Congkak memang sangat popular di kalangan penduduk setempat serta pelancong tau, air terjun ini menjanjikan keunikannya yang tersendiri. Jadi kepada mereka yang berkunjung dan mahu menghabiskan masa berharga bersama orang yang tersayang boleh lah try nanti.

Dengan keindahan flora yang menghijau serta fasiliti yang lengkap seperti tapak perkhemahan, pondok rehat dan sebagainya untuk memberi keselesaan kepada korang, jadi jangan lupa singgah mandi air terjun yang sejuk ini di Sungai Congkak, Hulu Langat!

3. Air Terjun Sungai Tua

Mesti korang tertanya-tanya kat mana ni kan? Haa…ianya terletak di Ulu Yam tau, lokasi ini juga menggamit perhatian ramai pengunjung kerana jaraknya yang dekat dengan Kuala Lumpur.

Air terjun Sungai Tua ini juga sangat sesuai untuk mereka yang dah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang masih kecil kerana terdapat kawasan air terjun yang cetek. Ingat keselamatan harus diutamakan!

Selain itu, air terjun ini juga menjanjikan banyak kawasan yang menarik untuk korang yang suka bergambar tu. Insta worthy sangat!

4. Air Terjun Chilling

Terletaknya di Kuala Kubu Bharu, lokasi air terjun Chilling ini sesuai untuk korang yang mahu berkelah bersama keluarga atau kawan-kawan yang gemar melakukan aktiviti lasak dan mencabar fizikal, jiwa serta minda. Mantap!

Bukan apa, korang sebenarnya perlu merentasi lima batang anak sungai yang keadaannya berbatu-batu serta agak licin bukan itu je, korang  perlu melepasi jambatan gantung untuk sampai ke air terjun bertingkat ini dan min janji korang akan terpegun melihat pemandangannya.

5. Air Terjun Kubang Gajah

Siapa-siapa yang berhajat nak adakan aktiviti barbecue bersama keluarga atau kawan-kawan tu bolehlah jadikan air terjun Kubang Gajah yang terletak di Kampung Kemensah, Hulu Klang ini sebagai destinasi pilihan korang sekarang!

Yang best nya, korang akan nampak kejernihan dan kesejukan air, kawasan yang indah dengan flora serta pemandangan yang menenangkan serta kolam takungan air yang dilengkapi dengan kemudahan chalet yang pastinya membuatkan korang gembira menghabiskan masa di sana. Ini baru betul-betul syok!

Fuhh, memang tak sabar lah nak plan pergi port air terjun ni. Tapi sebelum tu korang tau tak nak bawak bekal apa yang mudah nanti kalau pergi sana? Dah mandi-mandi mesti laparkan?

Sini min kongsi kan satu menu best yang sesuai untuk korang bawak nanti, yang pasti korang tak kan kecewa!

A&W menyajikan sesuatu yang mudah dan sedap. Yang penting BONELESS!

Kalau dah namanya berpiknik tu mesti lah kena bawa makanan betul tak? Mesti korang terpikir nak bawa apa yang mudah dan tidak akan mengotorkan tempat tu kan?

Ni min nak tanya, bila kali terakhir korang berkunjung ke A&W? Bagi yang dah lama tak singgah A&W tu, inilah waktu terbaik untuk pergi kerana ada sesuatu  yang menanti korang. Nak tahu apa?

Haa…apa kata korang try menu terbaru dari A&W ni Boneless Surf & Turf. Mudah, cepat dan yang paling penting sedap! Min dah rasa memang menjilat jari bila makan.

Bukan setakat ayam je ada ikan pon ada tau. Fuhh…ini yang kita mahukan! Bila korang makan jer A&W Boneless Surf & Turf memang rangup di luar lembut di dalam. Sesuai jugak untuk anak kecil sebab ianya boneless. Tahu-tahu je dah habis!

Memang sesuai lah nak bawak pergi piknik nanti sebab mudah korang nak kemas balik dan tidak akan mengotorkan tempat tersebut. Jagalah kebersihan sungai kita!

Menggunakan ramuan signature A&W Golden Aroma® yang mempunyai rasanya tersendiri dan membuatkan ianya berbeza dari yang lain,  ermm pedas rempahnya memang cukup rasa lah orang cakap, wajib cuba tau sebab sekali cuba confirm nak lagi.

A&W hanya menggunakan tender ayam dan ikan yang sebenar untuk memastikan setiap pelanggan mereka berpuas hati dengan hidangan tersebut. Memang tidak dinafikan mereka hanya menggunakan bahan-bahan yang segar dan yang paling penting halalan toyyiban!

Cakap macam ni pon dah boleh buat min terliur. Bagi pendapat min lah kan, memang sangat berbaloi dan sesuai untuk dibawa kemana-mana sebab ianya boneless dan mudah untuk dimakan, selain ia juga didatangkan dengan set french fries dan air A&W RB mereka yang menjadi kesukaan ramai, sangat sesuai untuk semua peringkat umur.

Pencuci mulut yang kaya dengan coklat!

Makan aiskrim ni merupakan satu-satunya keinginan yang dicari ramai untuk membasahkan tekak kan? Cakap pasal aiskrim ni, semua orang tahu ianya adalah pencuci mulut yang sememangnya digemari ramai.

Ia sangat enak dinikmati ketika musim panas lagi-lagi tengah bersantai. Bagi min lah kan, tak lengkap lah sesi bersantai kita kalau tak makan sesuatu yang manis.

Nasib baik A&W ada pencuci mulut yang memang kena dengan tekak rakyat Malaysia ni. Sudah pastinya Choco Dino yang sah-sah kaya dengan coklat.

Memang syok lah sambil-sambil mandi makan pencuci mulut. Nyumm!

Ia juga didatangkan dengan dua versi yang korang boleh pilih antaranya :

  1. Choco Dino Waffle-To-Go

  • Aiskrim yang mempunya sos coklat yang kaya dengan serbuk koko dan Wafel istimewa A&W.
  1. Choco Dino Sundae

  • Aiskrim sundae vanilla yang mempunyai sos coklat yang kaya dengan serbuk koko di atasnya.

Korang tunggu apa lagi, cepat pergi ke A&W sekarang juga dan rasa sendiri menu terbaru mereka ni confirm puas hati!

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi A&W atau Facebook, Instagram dan Twitter mereka.

SKIP THIS AD ×