berita

Suka Buat Bising Melampau, Jiran ‘Spray’ Tanda Depan Rumah

August 3rd, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Hidup berjiran bukanlah sesuatu yang mudah, terutama sekali apabila mempunyai jiran yang ramai seperti mereka yang tinggal di rumah pangsa.

Dalam satu video yang tular di TikTok, dinding satu unit rumah di sebuah kawasan perumahan flat disembur dengan cat dipercayai kerana penghuni rumah terlalu bising.

‘Patut pun kena spray’

Menerusi perkongsian video milik @enridwan di laman TikTok, dapat dilihat satu unit rumah di sebuah kawasan rumah flat diconteng dengan perkataan ‘jiran suka bising’.

Menurut kapsyen hantaran, difahamkan penghuni rumah tersebut sememangnya bersikap bising dan telah mengganggu jiran-jiran yang lain.

Patut pun kena ‘spray’, memang betul bising. Biar kita miskin harta, jangan miskin adab. Kasihan dapat jiran macam ini.

Perkongsian tersebut kini telah mendapat lebih 680 ribu tontonan, dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan tersebut, selain ramai juga yang berkongsi pengalaman mempunyai jiran yang serupa.

Sumber: TikTok @enridwan

SKIP THIS AD ×