Baru-baru ini, Dr Say Shazril berkongsi kisah mengenai tabiat anak sulungnya, Ace yang suka menggigit rakan-rakannya sewaktu berada di sekolah. Lebih teruk, kejadian seperti itu sentiasa berulang sehingga pihak sekolah terpaksa memanggil Dr Say dan isteri bagi membincangkan mengenai hal tersebut.
Artikel berkaitan: ‘Panggil Nama Jarang Respon’ – Anak Lambat ‘Catch Up’ Gara-Gara Tengok TV, Dr Say Kongsi Pengalaman
Tak suka orang kacau ‘space’ saya
Terbaru, Dr Say telah memuat naik sebuah posting tentang kelakuan anaknya di sekolah. Menurut Dr Say, anaknya tidak suka diganggu dan hanya mahu bermain sendiri selepas disahkan menghidap autisme.
Hai semua, nama saya Ace. Umur saya 3 tahun 4 bulan September ni. Saya suka numbers. Saya suka animals. Saya suka mac n cheese dan indomie perisa original. Tapi saya tak suka bila orang kacau space saya lebih-lebih lagi kalau orang ambil barang saya.
Jadi dekat sekolah bila kawan datang dan ambil barang saya, saya akan gigit mereka. Selain tu say arasa texture kulit kawan lembut macam mac and cheese jadi saya rasa its okay untuk saya gigit mereka. Lepas gigit, kawan akan nangis dan cikgu akan mintak saya minta maaf dekat kawan sambil cikgu cerita kenapa saya tak patut gigit kawan tapi saya tak faham.
Ujar Dr Say, anaknya turut mempunyai tabiat suka menggigit rakan di sekolah. Ada kalanya, Ace akan menggigit adiknya, Sefriel. Hal tersebut membuatkan Dr Say buntu memikirkan mengenai cara yang terbaik untuk membantu Ace.
Hari-hari saya gigit kawan saya dan bila mommy daddy ambil saya balik dari sekolah, cikgu akan bagi kertas putih (incident report) dekat mommy daddy dan muka mommy daddy berubah tapi mereka tak marah saya cuma mereka cakap “Ace why do u bite friend? Friend hurt. Friend cry” tapi sy tak faham apa mommy daddy cakap.
Satu hari baru-baru ni saya ada gigit kawan dan cikgu borak lama dengan daddy dan saya terdengar “one more biting incident and we might terminate him” and instead of “Ace why do u bite friend?” daddy senyap sepanjang perjalanan pulang. Saya tengok mata daddy macam berair tapi saya tak faham apa yang berlaku.
Mereka main sendiri
Selepas berbincang dengan isteri, Dr Say dipercayai sudah membuat keputusan untuk menghantar Ace ke sekolah baru. Jelas Dr Say, di situ anaknya kelihatan gembira kerana budak-budak yang lain main sendiri dan tidak mengganggunya.
Baru-baru ni juga mommy daddy selalu bawak saya dan adik pusing-pusing dalam kereta malam-malam sambil mereka berborak dan saya dengar ayat-ayat macam “what should we do?”, “i love that school, Ace looked so happy there”, “we need to bring him out for the safety of other kids”.
Baru-baru ni mommy daddy ada bawak saya pergi satu sekolah baru. Bila saya masuk sekolah tu, saya nampak ramai kawan-kawan cumanya mereka semua main sendiri. Saya tak tahu kenapa tapi saya rasa happy kat situ sebab tak ada orang kacau space saya dan saya tengok mommy daddy pun macam happy dengan sekolah tu. Nanti saya sambung ye uncle aunties?
Sumber: Dr Say Shazril