berita

‘Suka Tengok Daiyan Trisha Pakai Macam Ni’- Netizen Persoal Kenapa Naim Daniel Senyum Tersipu Malu?

April 11th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Daiyan Trisha dikhabarkan sedang menjalani ibadah umrah di Tanah Suci Mekkah bersama ahli keluarganya. Mereka sekeluarga dipercayai bertolak dari Malaysia sejak sehari yang lalu.

Di media sosial, rata-rata netizen kagum melihat penampilan Daiyan Trisha sewaktu mengejarkan ibadah umrah. Menurut netizen, Daiyan Trisha sangat cantik apabila memakai tudung dan jubah!

Doa selamat pergi dan balik

Assalamualaikum semua. Saya dan keluarga akan melakukan ibadah umrah. Saya mohon doa daripada semua agar kami selamat pergi dan selamat balik, Amin. Saya nak minta maaf sekiranya ada salah silap. Semoga semua sentiasa dalam lindungan-Nya dan semoga doa kalian dimakbulkan jua InshaAllah.

Di Instagram, Daiyan Trisha sempat memohon maaf kepada semua dan berharap urusan mereka sekeluarga sewaktu menjalani ibadah umrah dipermudahkan. Menjengah di ruangan komen, segelintir netizen memberitahu Diayan Trisha kelihatan sangat cantik sewaktu mereka ternampak di lapangan terbang.

Cantik macam bidadari

Penyanyi, Naim Daniel turut berkongsi foto dirinya bersama Daiyan Trisha. Kedua-dua mereka bertemu sewaktu mengejarkan ibadah umrah. Menerusi foto tersebut mereka kelihatan tersenyum dan Naim dilihat tersipu malu sewaktu bertemu pelakon tersebut.

Sumber: Daiyan Trisha

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×