berita

Sukar Berhenti Merokok? Ini Alternatif Terbaik Yang Dipersetujui Majoriti Rakyat Malaysia

August 10th, 2023 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Ramai yang sedar bahaya merokok namun mengalami kesukaran untuk berhenti berikutan ketagihan yang sukar dikawal.

Oleh itu, ada yang mula mencari jalan lain bagi memuaskan keinginan mereka melalui produk alternatif bebas asap seperti vape, e-rokok dan produk tembakau yang dipanaskan tanpa pembakaran.

Tapi sejauh mana sebenarnya mereka tahu tentang produk alternatif bebas asap? Kami sempat mengadakan tinjauan bagi bertanya kepada rakyat Malaysia mengenai perkara ini, nak tahu apa pandangan responden?

Jom kami kongsikan.

Lebih 59% responden setuju perokok beralih ke produk alternatif jika sukar berhenti

Berdasarkan tinjauan tersebut majoriti rakyat Malaysia bersetuju jika produk alternatif bebas asap patut diharamkan di Malaysia. Ini mungkin kerana ramai yang menganggap bahawa semua produk alternatif bebas asap adalah sama.

Ini persepsi yang salah, bukan semua produk alternatif bebas asap itu adalah sama.

Ada sesetengah produk alternatif yang mendapat pengiktirafan daripada ahli sains dan institusi kesihatan awam.

Contohnya,  setelah diperjelaskan bahawa badan saintifik antarabangsa U.S. Food and Drug Administration (FDA) serta Public Health England, kajian dan sains telah membuktikan bahawa produk alternatif seperti produk tembakau yang dipanaskan merupakan alternatif yang kurang berbahaya berbanding dengan rokok konvensional.

Ini kerana produk tersebut hanya memanaskan tembakau tanpa membakarnya, justeru tiada pembebasan asap dan bahan toksik seperti karsinogen, tar dan karbon monoksida.

Vape dan e-rokok juga tidak membakar tembakau, malah memanaskan cecair nikotin untuk menghasilkan wap bernikotin. 

Maka, lebih 59% responden kemudiannya menyokong peralihan ke produk alternatif bebas asap seperti tembakau yang dipanaskan sebagai gantian.

Negara maju seperti New Zealand dan Jepun turut menggalakkan penduduknya yang perokok tegar untuk beralih kepada alternatif yang lebih baik daripada terus menggunakan rokok.

Di sini kita boleh lihat, para responden sedar akan bahaya disebalik ketagihan kepada rokok konvensional dan merasakan pilihan dengan kadar risiko yang lebih rendah adalah perlu bagi membantu golongan perokok tegar.

Akses maklumat tentang produk alternatif bebas asap kepada perokok dewasa

Sekitar 67% responden bersetuju dan sangat bersetuju jika perokok dewasa diberi hak untuk mengakses maklumat yang tepat mengenai produk alternatif bebas asap.

Ini bermakna sekiranya lebih banyak info yang betul dapat diakses, maka lebih ramai perokok boleh membuat pilihan yang lebih baik.

Malah, 67% daripada responden juga setuju dan sangat bersetuju sekiranya produk alternatif bebas asap diselia secara berlainan daripada rokok konvensional berikutan profil risikonya yang berbeza.

Namun, suka untuk kami ingatkan bahawa berhenti merokok secara keseluruhan adalah lebih baik, tetapi jika benar-benar tidak mampu maka buatlah pilihan yang kurang memudaratkan.

Merokok bukan sahaja membahayakan nyawa korang, malah ia mampu mengancam kesihatan orang lain disekeliling korang terutama sekali keluarga tersayang. Jadi buatlah pilihan dengan tepat :)

SKIP THIS AD ×