berita

Sultan Johor Rancang Buka Pasar Raya Harga Rendah Untuk Rakyat Johor

March 28th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sememangnya seorang sultan yang sangat berjiwa rakyat dan mesra. Tidak hairanlah kalau baginda sangat disenangi ramai rakyat Malaysia kerana sikapnya.

Terbaru, menerusi Royal Press Office hari ini, baginda bertitah untuk menjalin kerjasama strategik dengan sebuah pasaraya besar bagi membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Memikirkan keperluan rakyat


“KEBAJIKAN RAKYAT TETAP MENJADI AGENDA SULTAN JOHOR

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat dan Projek Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) merupakan antara inisiatif murni hasil ilham Baginda.

Baginda Tuanku Sultan yang kini berada di Timur Tengah atas lawatan peribadi, turut memikirkan mengenai keperluan rakyatnya.
DYMM Sultan Johor merancang untuk menjalin kerjasama strategik dengan sebuah pasaraya besar untuk beroperasi di Johor.”

Barang lebih murah dan berkualiti

Pasaraya ini memberi jaminan bahawa mereka boleh menjual barang-barang pada kadar 10 peratus lebih rendah, pada masa sama turut memberi jaminan pada kualitinya.

Ini akan memudahkan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan barang keperluan asas dan harian pada harga yang murah

DYMM Sultan Johor bertitah perkara ini kepada Royal Press Office hari ini (28 Mac). Pengumuman lanjut mengenai perkara itu akan Baginda umumkan dalam tempoh terdekat. Usaha bagi membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah terus menjadi agenda serta fokus DYMM Sultan Johor.
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor

Sultan berjiwa rakyat

Prihatin masalah rakyat

Sumber : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×