berita

Sumbang Mahram Sesama Sendiri Hingga Lahirkan 4 Generasi, Keluarga Ini Guna Taktik ‘Pindah Randah’ Elak Wasangka Orang Ramai

May 11th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Siapa masih ingat kes di mana satu keluarga dari Australia ini telah melahirkan empat generasi hasil daripada sumbang mahram? Keluarga Colt ini dipercayai telah melakukan hubungan terlarang itu sekurang-kurangnya seorang daripada ahli keluarga mereka.

Lahirkan 4 generasi sumbang mahram

Foto: Tim (Daily Star)

Memetik laporan Daily Star, keluarga Colt telah ditemui tinggal berhampiran kawasan pedalaman di Australia pada tahun 2012 yang lalu. Mereka dikatakan tinggal di dalam khemah dan pondok yang sangat menjijikkan bersama 12 orang kanak-kanak. Lebih mengejutkan apabila melihat kebanyakan daripada kanak-kanak itu yang mengalami kecacatan di bahagian muka serta mengalami masalah pertuturan.

Berikutan daripada itu, keluarga Colt telah diselamatkan dan pihak berkuasa mula menjalankan siasatan lanjut. Hasil daripada siasatan dan perbicaraan di mahkamah, rupa-rupanya ‘kitaran’ sumbang mahram tersebut bermula daripada si bapa, Tim.

Pada tahun 1970, Tim dan isteri, June bersama tujuh orang anaknya (Martha, Frank, Paula, Cherry, Rhonda, Betty dan Charlie) telah berpindah ke Australia. Tim kemudian melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya iaitu Betty sejak berusia 12 tahun.

Hasil daripada hubungan tersebut, Tim dan Betty dikurniakan 13 orang cahaya mata. Tidak terhenti di situ, Tim sekali lagu melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya yang lain, Rhonda sehinggalah wanita itu melahirkan empat orang anak dan seorang daripada cucunya.

Polis mula jejak keluarga Colt

Foto: Bilik tidur keluarga Colt (Daily Star)

Pada tahun 2001, June (isteri Tim) disahkan meninggal dunia dan pada tahun 2009, Tim pula menyusul. Sejak daripada itu, Betty mula mengambil alih ‘klan’ (keluarga). Keluarga ini dikatakan telah melahirkan hampir 40 orang dan kesemuanya hasil daripada sumbang mahram. Untuk ‘menjaga’ keluarga, kanak-kanak dalam keluarga tersebut hanya dibenarkan sekolah apabila lawatan kebajikan diadakan.

Malah keluarga ini kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain bagi mengelakkan syak wasangka orang ramai. Tetapi pada suatu hari, salah seorang daripada kanak-kanak itu dihalang rakan pelajar sekolahnya. Sejak daripada itu, pihak polis mula menjejaki keluarga pelik ini.

Pada tahun 2018, dua orang daripada keluarga Colt iaitu Martha dan Charlie telah ditahan selepas didakwa memiliki anak bersama. Selain itu, Betty dan anak-anaknya, dua adiknya iaitu Rhonda dan Frank serta anak Frank turut ditahan ketika itu.

Betty dan adik beradik ditahan

Foto: Betty (Daily Star)

Ketika serbuan dilakukan, pihak berkuasa menemui kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan seperti mengalami kecacatan pada wajah, sukar berjalan, mengalami masalah pertuturan, penglihatan dan buta huruf.

Bukan itu sahaja, ada di antara mereka pekak dan mengalami daya fikiran yang lemah sehingga tidak pandai untuk mandi dan tidak tahu menggunakan tisu tandas. Lebih mengejutkan apabila mengetahui mereka hanya tidur bersebelahan baldi tahi dan air kencing.

Susulan daripada itu, Betty telah dijatuhi hukuman penjara selama 26 bulan atas beberapa pertuduhan (berakhir pada Ogos 2021). Beberapa adik-beradik Betty yang lain turut berdepan hukuman penjara. Difahamkan, kanak-kanak daripada keluarga Colt kini telah meningkat dewasa dan menunjukkan peningkatan tentang pengurusan diri.

Terbaru, seorang individu yang dikenali dengan nama Patrick Stubing dikatakan sedang berjuang untuk mengubah undang-undang berkaitan sumbang mahram di negaranya, Jerman. Menurut sumber, Patrick mempunyai empat orang anak hasil daripada hubungan sumbang mahram bersama kakak kandungnya, Susan Karolewski.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×