Dalam dunia perniagaan hari ini, bukan semua jenama mampu capai kejayaan sambil kekal konsisten memberi kembali kepada masyarakat.

Tapi inilah yang ditunjukkan oleh Anggun Cotton Collection, sebuah jenama tempatan yang bukan sahaja berkembang, malah memahami tanggungjawab yang datang bersama rezeki.

Baru-baru ini, Anggun Cotton Collection mencuri perhatian apabila menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.8 juta kepada Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dalam satu majlis rasmi yang penuh bermakna.

Di sebalik majlis rasmi, ada makna yang lebih besar

Majlis ini turut memperlihatkan kehadiran wakil-wakil penting termasuk pihak pengurusan Anggun Cotton Collection sendiri. Suasana majlis jelas menunjukkan penghargaan terhadap usaha syarikat dalam menyumbang kembali kepada masyarakat.

Momen ini bukan sahaja bermakna buat pihak Anggun Cotton Collection, tetapi juga menjadi simbol hubungan erat antara institusi diraja, badan agama, dan sektor perniagaan tempatan.

Jumlah RM1.8 juta tu pula bukan kecil. Ia boleh bantu ramai asnaf dan komuniti yang memerlukan.

Selain itu, bila bisnes berkembang, tanggungjawab juga besar

Dalam Islam, zakat bukan sekadar kewajipan tetapi ia adalah satu bentuk penyucian harta dan bukti keprihatinan terhadap masyarakat.

Apa yang dilakukan oleh Anggun Cotton Collection ini membuktikan bahawa kejayaan dalam perniagaan bukan hanya tentang keuntungan, tetapi juga tentang bagaimana rezeki itu dikongsi.

Dan realitinya, bila lebih ramai bisnes buat benda macam ni, lebih ramai juga yang akan dibantu.

Inspirasi buat usahawan lain

Apa yang dilakukan oleh Anggun Cotton Collection ini secara tidak langsung menjadi satu inspirasi kepada ramai, terutamanya usahawan tempatan dan SME.

Ia membuktikan bahawa jenama lokal juga bukan saja mampu member kejayaan besar, tapi dalam masa sama, masih boleh memberi kembali kepada masyarakat serta keberkatan rezeki itu juga datang bila kita berkongsi.

Langkah ini bukan sekadar memberi, tetapi juga membuka mata ramai tentang peranan sebenar sebuah perniagaan dalam komuniti.

Di sebalik kejayaan, ada prinsip yang dipegang

Anggun Cotton Collection hari ini bukan sahaja dikenali sebagai jenama fesyen, tetapi juga sebagai jenama yang bawa nilai dalam setiap perjalanan bisnes mereka.

Bila sebuah syarikat bukan hanya grow dari segi jualan, tapi juga konsisten memberi semula kepada masyarakat, itu yang buat orang lagi percaya dan respect.

Ini bukan sekadar kisah, tapi satu inspirasi

Kadang-kadang kita ingat kejayaan tu diukur dengan angka semata-mata.

Tapi hakikatnya, apa yang kita buat dengan rezeki tu, itulah yang paling memberi makna.

Semoga lebih banyak perniagaan tempatan tampil menyumbang kepada masyarakat. Inisiatif seperti ini menjadi inspirasi kepada usahawan lain.