Hari ini kecoh di media sosial mengenai status hubungan pelakon terkenal, Sharifah Sakinah bersama seorang lelaki Sweden iaitu Michael Hansen. Kakraban dan foto mesra yang dikongsikan mereka telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.
Artikel berkaitan: Sering Muat Naik Foto Bersama, Sharifah Sakinah Bagi ‘Hint’ Dah Kahwin Jejaka Sweden?
Lebih menarik perhatian adalah komen emoji berbentuk cincin yang ditinggalkan Sharifah Sakinah apabila ditanya mengenai perkahwinan.
Keluarga tak tahu tentang ‘perkahwinan’
Susulan daripada isu tersebut, Astro Gempak melaporkan, kakak kepada pelakon ini iaitu Sharifah Shahira membuka mulut memaklumkan bahawa dia dan keluarga langsung tidak tahu mengenai dakwaan netizen yang mengatakan adiknya itu sudah berkahwin.
Ya ke? Sumpah saya tak tahu dia dah berkahwin ke dah bertunang ke.
Bukan itu sahaja, Shiera turut menjelaskan sekiranya benar adiknya itu sudah berkahwin, pasti mereka merupakan antara orang yang terawal mengetahui tentang berita bahagia itu.
Doa yang baik-baik
Dalam kesempatan itu, Shiera berkata kemungkinan emoji cincin yang digunakan Sakinah itu adalah untuk ‘mengusik’ para peminat dan pengguna media sosial yang lain.
Apapun kami tidak menghalang sekiranya dia bertemu jodoh. Itu kehidupan dia, cuma kami minta doakan yang baik-baik buat dia. Sakinah adik saya, darah daging saya. Saya sayangkan dia. Sakinah ni jenis yang suka mengusik, happy go lucky.
Mungkin emoji cincin tu dia letak sebab nak mengusik rakyat jelata iaitu netizen. Dia jenis yang tak suka bergaduh sebab benda-benda kecil, cuma kadang-kadang tu hyper sikit je.
Shiera mengakui mereka sekeluarga langsung tidak menghalang Sakinan sebaliknya hanya mengharapkan yang terbaik untuk adik kesayangannya itu.
Sumber: Astro Gempak