berita

Sumpah Seram! Filem ‘Kutukan Sembilan Setan’ Bukan Sekadar Tayang Keindahan Gunung Bromo Tetapi…

October 26th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seram! Itulah ungkapan yang keluar daripada mulut penonton sebaik sahaja selesai majlis pratonton filem ‘Kutukan Sembilan Setan’ di Starling Mall, Selasa lalu.

Berlaku kejadian aneh

Gunung Bromo merupakan antara salah satu gunung berapi yang masih aktif di Jawa Timur, Indonesia. Oleh yang demikian, ia menjadi lokasi pilihan buat mereka yang gemarkan aktiviti mendaki gunung termasuk pendaki dari luar negara. Biarpun ia merupakan sebuah gunung yang popular, ternyata tetap berlaku kejadian-kejadian aneh dan menyeramkan yang dilalui oleh segelintir pendaki.

Menurut penerbit filem tersebut, Agustinus Sitorus, dia tertarik untuk menghasilkan filem berkenaan setelah mengetahui cerita seorang pemuda bernama Very Barus dan rakannya.

Apabila diceritakan pengalaman tersebut, akhirnya kami berbincang dan sepakat untuk menghasilkan filem Kutukan Sembilan Setan. Jalan cerita yang dipaparkan dalam filem ini telah diolah menjadi sebuah kisah yang menarik, namun ia adalah inspirasi kepada kejadian yang dialami sekumpulan remaja tersebut.

Sekadar info, ‘Kutukan Sembilan Setan’ mengisahkan tentang Verdy bersama rakan-rakannya iaitu Devon, Sarah, Lia dan Miko yang merancang percutian di sebuah kawasan di gunung Bromo serta menyewa sebuah villa selama lima hari.

Bagaimanapun, setibanya mereka di situ, keadaan villa berkenaan tidak sama seperti yang digambarkan kerana kelihatan aneh dan menyeramkan.

Lima sekawan tersebut menguatkan diri untuk bermalam di villa berkenaan walaupun diganggu beberapa kejadian misteri sejak hari pertama menginap.

Sementara itu, pengarah filem ini iaitu Arie Aziz pula berkata ‘Kutukan Sembilan Setan’ bukan sekadar filem seram semata-mata malah, filem ini juga turut menyelitkan elemen percintaan dan persahabatan serta memaparkan visual keindahan gunung Bromo itu sendiri.

Gandingan barisan pelakon juga begitu mantap dan serasi antara satu sama lain. Cumanya sepanjang penggambaran kami berhadapan cabaran apabila keadaan cuaca yang tidak menentu.

Tayang hari ini!

Di Malaysia, syarikat D’ Ayu Pictures memberitahu mereka akan memulakan tayangan filem tersebut di 50 pawagam terpilih mulai hari ini.

Pemilik D’ Ayu Pictures iaitu Datuk Rosmar Ayu Mokhtar berkata, pihaknya berminat mengedarkan filem ‘Kutukan Sembilan Setan’ kerana ia mempunyai elemen seram yang menepati citarasa penonton di Malaysia.

Jelasnya, dia melihat potensi filem tersebut memandangkan terdapat beberapa lagi syarikat pengedaran berminat untuk membawa masuk ke Malaysia.

Tidak dinafikan ada beberapa syarikat pengedar lain dari Malaysia yang berminat dengan filem ini, namun rezeki filem ini jatuh ke tangan saya.

Apabila menjadi rebutan pengedar, ia bermaksud filem ini mempunyai potensi yang tinggi, malah tayangan di Indonesia juga mendapat sambutan sehingga 250,000 penonton.

Kutukan Sembilan Setan ini dibintangi barisan pelakon seperti Ajil Ditto, Denira Wiraguna, Frislly Herlind, Fandy Christian, Joshua Suherman, Fadhan Holao, Eric van loo, Sabina Bayramova, Fahira Almira, Brooklyn R, Gerald Krechoff, Egi, Fedly, Eistevanya Alexandra, Aisha Ali, Irna Jufe dan Zenia Zein.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×