berita

‘Sumpah Tak Best Sakit Ni’ – Rashidi Ishak Positif Covid-19

December 7th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, pelakon, Rashidi Ishak memaklumkan bahawa dirinya disahkan positif Covid-19.

Bermulalah staycation 10 hari

Maka bermulalah staycation 10 hari yang tak dirancang. Aku dah buat test bila team produksi berhenti penggambaran kerana ada kes di set. Masa tu negatif. Aku pun mulalah kuarantin kendiri di rumah. Tapi bila dua hari sudah aku tiba-tiba demam teruk dan badan sakit, aku bagitahu pihak produksi. Mereka uruskan doktor datang ke rumah buat swab test, kali ni confirm aku positif. Doktor tu cakap jangan panik, ambil ubat dan monitor sendiri keadaan. Dia akan lapor pada KKM.

Ujar Rashidi, krew produksi terpaksa menghentikan penggambaran apabila ada di antara mereka yang disahkan positif Covid-19. Berikutan daripada itu, Rashidi telah menjalani kuarantin secara kendiri selama 10 hari di rumah. Namun begitu, hari kedua Rashidi mula menunjukkan simptom seperti demam teruk, kepala berdenyut dan sakit badan. Tanpa melengahkan masa, pihak produksi telah menghantar doktor ke rumahnya bagi menjalani pemeriksaan lanjut. Jelas Rashidi, hasil ujian saringan Covid-19, doktor mengesahkan dirinya positif. Oleh itu, Rashidi terpaksa pergi ke pusat penilaian covid (CAC) terdekat bagi sesi pemantauan.

Pegawai kesihatan call aku tanya soalan2 lazim kepada pesakit covid. Aku pun jawab dengan tenang. Dia minta aku pergi pusat penilaian covid (CAC) terdekat. Dia hantar kat aku semua link berkenaan covid. Aku pun book appointment secara online. Pihak penerbit pula hantar kat rumah aku stok makanan dan juga oxymeter, supaya aku boleh check level oxygen.

Korang semua jaga diri

Jadi pagi tadi aku pun pergi lah CAC Nilai dengan keadaan aku yang sakit2 satu badan, kepala berdenyut2. Aku disambut oleh pegawai2 perubatan yang lengkap dgn ppe tu semua. Selepas check maklumat asas, aku pun dikawal selia oleh doktor, blood pressure dan level oksigen. Macam2 dia tanya. Doktor beri aku slip untuk aku scan buat report harian dan dia bagitau aku kalau sesak nafas call 999.

Menerusi posting yang dimuat naik, Rashidi turut meminta maad kepada semua kerana menjadi salah seorang penyumbang kepada statistik kes covid. Sebagai seorang pesakit Covid, Rashidi berpesan kepada semua pihak agar sentiasa menjaga diri dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Sumpah tak best sakit ni. Aku yang dah ada dua dos vaksin pun masih sakit tahap gaban. Terima kasih keluarga dan kawan yang call, yang mesej, yang video call. Kalau aku tak jawab tu maknanya aku tengah tidur, mabuk ubat. Kalau korang ada simptom pergi lah check. Take care and stay safe!

Sumber: Rashidi Ishak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×