berita

Sungei Wang Plaza Menuju Ke Arah Digitalisasi Dengan Shopee Malaysia Raya Ini!

April 16th, 2021 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Ramadan tiba, Ramadan tiba, Marhaban ya Ramadan, Marhaban ya Ramadan.

Pejam celik, pejam celik,  dah Ramadan rupanya. Mesti semua dah excited buat persiapan rayakan?

So, korang beli-belah dekat mana tahun ni? Masih tak tahu nak dapatkan barang keperluan raya dekat mana? Apa kata shopping dengan Sungei Wang Plaza.

Untuk pengetahuan korang, sekarang Sungei Wang Plaza dah menuju kearah digitalisasi. Diorang buat collaboration dengan Shopee. Ini bermakna, lepas ni korang ada pilihan nak beli-belah secara walk-in atau shopping secara online. Mudahkan?

Shopping sampai lebam dengan Sungei Wang Plaza X Shopee

Ha, inisiatif kolaborasi ini diambil bagi membolehkan para peniaga upgrade diri mereka sesuai dengan perkembangan digital sekarang.

Tambahan pula, kebanyakan pengguna lebih gemar shopping secara dalam talian kerana ianya lebih cepat dan mesra pengguna.  Jadi, Sungei Wang Plaza nak wujudkan kesimbangan diantara penjualan luar talian dan dalam talian

Lagipun banyak tawaran hebat dan diskaun kaw-kaw bila korang shopping secara dalam talian dengan Sungei Wang Plaza X Shopee.

** Tertakluk pada terma & syarat

Nikmati rebat GrabFood RM10!

Untuk pengetahuan korang semua, Sungei Wang Plaza turut tawarkan rebat RM10 bagi setiap pembelian makanan bernilai RM25 dan ke atas di outlet terpilih F&B mereka melalui GrabFood untuk sesi berbuka puasa.

Tak perlu dah nak pergi pasar, beli barang dan masak. Order je dekat GrabFood, siap ada diskaun lagi. Jimat-jimat!

Bazar Hurey & Jualan Hurey Raya meriahkan lagi sambutan Aidilfitri!

Tambahan pula, sekarang Sungei Wang Plaza turut anjurkan Bazar Hurey dan Jualan Hurey Raya untuk korang semua. Dekat Bazar Hurey ni korang boleh beli semua keperluan raya korang. Bermula dari kasut, baju, kuih raya dan banyak lagi. Rambang mata wei!

Paling best, diorang ada vendor 22 shoes yang viral dengan kasut harga serendah RM 10!

Sedikit berbeza dengan Bazar Hurey, jualan Hurey raya pula hanya diadakan selama 3 hari sahaja iaitu bermula daripada 7 hingga 9 Mei 2021. 3 hari ini special sikit sebab Sungei Wang Plaza buat sale gila-gila dengan harga serendah RM5.

Dekorasi menarik & percuma Parkir Valet!

Ops! Sebelum min terlupa bagi korang yang berbelanja RM100 dan ke atas pada 7 hingga 9 mei ini, korang boleh letak kereta secara percuma di valet parking Sungei Wang Plaza. No hidden charge or what so ever. So, korang boleh la beli-belah dengan tenang dan ambil masa pilih barangan yang korang nak beli.

Selain itu, dekorasi Sungei Wang Plaza yang bertemakan klasik raya, memang lain daripada yang lain. Cantik sangat! Insta-worthy place la katakan. Sesuai untuk korang yang nak ambil gambar kenang-kenangan dekat sini.

** Tertakluk pada terma & syarat

Ada Hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM88,888!

Demi membuat raya korang lebih meriah dan bermakna pada tahun ini, Sungei Wang Plaza anjurkan cabutan bertuah Syioknya Belanja & Menang, dimana korang boleh menang pelbagai hadiah menarik seperti Iphone 12 pro, jongkong emas, Real me C 15, Baucar tunai RM158 dan merchandise ekslusif daripada Sungei Wang.

Hanya belanja RM68 dalam dua resit, korang dah boleh sertai cabutan bertuah ini. Mudah kan?

** Tertakluk pada terma & syarat

Tebus sampul raya dan bekas kaca istimewa edisi raya!

Lebih menarik lagi, tahun ini Sungei Wang Plaza juga nak bagi koleksi sampul raya dan bekas kaca edisi terhad raya 2021. Sesuai sangat untuk letak duit raya dan kuih raya untuk sambutan Aidilfitri tahun ini. Rugi kalau korang tak collect koleksi ini.

Bagi menebus sampul raya dan bekas kaca edisi terhad raya 2021, korang perlu berbelanja RM100 atau RM150 dalam dua resit. Lepas tu, nanti boleh la tebus sampul raya dan bekas kaca edisi terhad raya 2021 dari Sungei Wang Plaza sempena Aidilfitri tahun ini.


Yang pasti, SOP yang ditetapkan oleh kerajaan akan dikuatkuasakan sepanjang tempoh kempen untuk mewujudkan pengalaman membeli-belah yang lebih selamat.

Marilah mencipta kenangan abadi pada musim Raya ini dan meraikan perayaan kesyukuran dengan keluarga dan rakan sambil menyebarkan kegembiraan dan kebahagiaan!

Nak dapatkan maklumat mengenai promosi dan perkembangan terkini Sungei Wang Plaza? Korang boleh klik pautan dibawah.

Website: Sungei Wang Plaza

Facebook: Sungei Wang Plaza

SKIP THIS AD ×