berita

Sunsilk Hargai Wanita Berhijab Melalui IFF

June 23rd, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Fashion Show SUNSILK-12

Kalau dilihat pada peredaran dunia masa ini, semakin ramai yang dilihat berhijrah untuk bertudung litup di samping wanita-wanita yang telah sedia berhijab.

Tidak dinafikan yang wanita bertudung juga memerlukan penjagaan rambut yang sempurna untuk memberi mereka keselesaan sepanjang masa.

Prihatin dengan keperluan itu, Sunsilk mengorak selangkah ke hadapan daripada sekadar menyediakan penjagaan dan keyakinan kepada memperkasakan wanita yang memakai hijab.

Pada tahun ini, Sunsilk sekali lagi menunjukkan komitmennya melalui kolaborasi strategik untuk membantu wanita terutamanya yang berhijab untuk mencapai potensi hidup sepenuhnya.


Fashion Show SUNSILK-72

Untuk menjadikan impian itu sebuah realiti, Sunsilk telah bergabung tenaga dengan Islamic Fashion Festival (IFF) untuk IFF KL 2013 di PWTC minggu hadapan.

Secara khususnya, para wanita berhijab mahukan kulit kepala yang bersih dan segar, lantas membolehkan mereka menikmati aktiviti harian, menyerlahkan personaliti mereka dan menjadikan aspirasi sebagai realiti. Selaras dengan itu, Sunsilk berhasrat untuk membentuk kolaborasi strategik dengan IFF untuk memberi inspirasi kepada pemakai hijab dalam mencapai pelbagai kemungkinan. – Ashlee Ng, Pengarah Pembinaan Jenama Unilever

Melalui peraduan Sunsilk Lively Clean & Fresh – Hijabku, Gayaku, para pereka fesyen hijab dan model boleh merebut peluang untuk menunjukkan bakat mereka di pentas fesyen antarabangsa IFF.

Apa yang lagi menarik, perjalanan peserta menuju kejayaan bersama para mentor seperti Dato’ Sri Raja Rezza Shah dan Rico Rinaldi akan dirakamkan dalam satu siri webisod melalui Sunsilk Malaysia di Facebook.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini, anda digalakkan untuk melayari laman Facebook Sunsilk dan menangi tiket ke Islamic Fashion Festival.

Sementara itu, jom tengok beberapa keping foto peragaan fesyen dari pereka Rico Rinaldi di Majlis Sidang Media Sunsilk Lively Health & Clean yang berlangsung semalam.