berita

Sunway Lancarkan “Global Tiger Day” Bagi Meningkatkan Pemuliharaan Habitat Harimau

August 2nd, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Macam yang korang semua tahu, harimau yang dahulunya banyak terdapat diseluruh Asia, telah menghadapi penurunan bilangan yang mendadak disebabkan pelbagai ancaman, termasuklah kehilangan habitat, pemburuan haram, dan perdagangan hidupan liar secara haram.

Dianggarkan hanya kira-kira 3,900 ekor harimau yang masih kekal di alam liar hari ini. Penurunan ini amat mengejutkan  sebanyak 95% dari awal abad ke-20. Jadi, pelbagai usaha yang perlu diberi perhatian segera untuk melindungi masa depan spesies ikonik ini.

Jadi, kalini Sunway telah bekerjasama dengan pihak Perhilitan Malaysia dalam acara “Global Tiger Day” bagi melindungi dan memelihara populasi harimau yang masih berbaki di dunia dan di negara kita ini.

Bukan itu saja, ada banyak lagi sebab lain kenapa mereka adakan kerjasama ini tau! Baca sampai habis…

Inisiatif ini mampu tingkatkan kesedaran orang ramai tentang pemuliharaan harimau

Untuk pengetahuan korang, “Global Tiger Day” merupakan satu inisiatif global tahunan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan harimau dan meraikan keindahan alam.

Kerjasama ini juga bertujuan untuk menggalakkan pembangunan mampan dengan mengiktiraf peranan terhadap alam sekitar dan menyediakan sumber pencarian.

Program ini juga penting untuk mengekalkan populasi harimau dan habitat mereka

Dengan tema “Lindungi Harimau, Habitat mereka,” Hari Harimau Antarabangsa 2023 ini memainkan peranan penting dalam memulihara habitat harimau untuk memastikan kelangsungan dan kesejahteraan kucing liar yang hebat ini.

Jadi, dengan usaha melalui program seperti ini bolehlah melindungi dan memulihkan ekosistem kritikal, seperti hutan, padang rumput dan tanah lembap yang ada tu…

Ia amat penting dalam mengekalkan populasi harimau yang berdaya maju dan memelihara biodiversiti.

Bukan tu saja, siap ada pelbagai aktiviti yang dijalankan di Taman Tema Sunway Lagoon & Sunway Lost World of Tambun

Pada program “Global Tiger Day” yang dijalankan di Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun, orang ramai juga dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti yang dapat memberi ilmu tambahan mengenai habitat tersebut.

Antara aktiviti yang terdapat di Sunway Lagoon adalah seperti aktiviti melihat dan merasa, kuiz dan lukisan muka. Selain itu, pihak perhilitan juga akan mempamerkan infomasi mengenai konservasi berkaitan harimau.

Manakala di Sunway Lost World of Tambun pula, ada aktiviti seperti “Tiger and friends show” dan “thumbs up” serta pameran dari pihak perhilitan yang disediakan untuk orang ramai. Menarik kan!

Program pendidikan seperti “Explore Rangers” pun ada juga!

Bukan itu saja, pihak Sunway juga ingin memperkenalkan program “Explore Rangers” kepada korang semua. Explorer Rangers’ ini adalah program keahlian pendidikan diluar kelas iaitu ‘Classes ALIVE!’ dan ‘Flexi Classes’. Apa tu?

Ha…kalau korang nak tahu, aktiviti ini telah disusun oleh sekumpulan ahli zoologi dan pendidik dari Sunway Theme Parks untuk kanak-kanak belajar mengenai hidupan liar, sains dan juga kelestarian.

“Explore Rangers” di Taman Tema Sunway Lagoon dan juga Sunway Lost World of Tambun diliputi dengan pelbagai silibus antaranya seperti “Aqua Explorer”, “National treasure”, “Fear Factor” dan sebagainya.

Silibus yang diterapkan juga adalah berlainan setiap bulan supaya kanak-kanak dapat menerapkan pelbagai ilmu. Selain itu, terdapat juga ceramah pendidikan dari “ex- junior ranger” buat kanak-kanak yang menyertai program “Explore Rangers” ni. Bestnyaaaa!

Jadi, dengan program seperti ini diharap boleh membuat perubahan & memastikan harimau ini terpelihara!

“Global Tiger Day” ini mewakili detik penting untuk merenung nasib salah satu spesies paling ikonik dan terancam di planet ini. Jadi, jom lah kita bersama-sama membuat perubahan dan memastikan generasi akan datang dapat menyaksikan kehadiran harimau yang mengagumkan di alam liar.

Kami yakin mesti banyak lagi inisiatif dan usaha murni yang Sunway akan buat nanti, korang stay tuned je untuk tahu update dari mereka ya! Untuk info lanjut tentang perkembangan terkini Sunway, korang boleh klik SINI.

SKIP THIS AD ×