Sunway Theme Parks kembali dengan musim ketiga Explorer Rangers, dan kali ni lebih mantap dengan kolaborasi industri yang berprestij.

Melalui Memorandum Kerjasama (MoP) yang ditandatangani baru-baru ni, Sunway memperkukuhkan lagi komitmennya untuk mendidik dan memperkasa golongan belia.

Kolaborasi ni melibatkan nama-nama besar seperti RHB Bank Berhad, Universiti Sunway, Sunway X-Farms, Pusat Perubatan Sunway, Farm Fresh Malaysia, POS Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Fakulti Seni Kreatif Universiti Malaya. Dengan gabungan tenaga pakar dari pelbagai industri, peserta program akan dapat menimba pengalaman berharga dan ilmu dunia sebenar dalam suasana pembelajaran yang lebih interaktif.

Program ni bukan sekadar setahun dua je, tetapi MoP ni akan berlangsung sepanjang musim 3 dan 4.

Menariknya lagi, sekarang ini ia terbuka kepada remaja berumur 13 hingga 17 tahun. Jadi, kalau korang ada adik atau kenalan yang tengah cari pengalaman unik, boleh sangat join!

Majlis menandatangani MoP ni dihadiri oleh nama-nama hebat seperti Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks, Encik Sien Vee Loc, Ketua Kewangan Pengguna, Perbankan Komuniti Kumpulan RHB Bank, Profesor Sibrandes Poppema, Presiden Universiti Sunway, dan ramai lagi pemimpin industri.

Menurut Calvin Ho, “Sunway Theme Parks komited untuk memperkasakan belia melalui kolaborasi industri yang dinamik sambil mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat para pengunjung. Kerjasama ini menekankan dedikasi kami terhadap inovasi, pendidikan, dan penglibatan yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan PBB serta prinsip Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG). Kami mengalu-alukan penyertaan belia yang bercita-cita tinggi, rakan industri, dan tetamu untuk menyertai perjalanan transformatif ini.”

Sunway Lagoon x Tiny Hong Kong: Koleksi eksklusif buat peminat mainan!

Satu lagi berita baik, Sunway Lagoon kini menjadikan pengalaman shopping di taman tema lebih menarik dengan kolaborasi eksklusif bersama Tiny Hong Kong!

Buat korang yang belum familiar, Tiny Hong Kong ialah jenama di bawah Toyeast Holdings Limited yang sudah lebih 25 tahun berada dalam industri mainan. Melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang baru ditandatangani, Sunway Lagoon akan memperkenalkan barangan eksklusif dan koleksi mainan bertemakan Malaysia yang rare dan berkualiti tinggi.

Majlis tandatangan MoU ini dihadiri oleh Calvin Ho dan Steve Ng, Pengasas serta Pengarah Toyeast Holdings Limited & Tiny. Menurut Calvin, “Kami sentiasa mencari cara inovatif untuk meningkatkan pengalaman tetamu melebihi sekadar tarikan di taman tema.”

Sementara itu, Steve Ng turut teruja dengan kerjasama ni, “Di Tiny Hong Kong, kami percaya bahawa kebahagiaan sentiasa diutamakan. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Sunway Lagoon dalam memperkenalkan jenama kami kepada khalayak baru di Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan warisan dan budaya. Oleh itu, kerjasama ini mencerminkan visi bersama kami untuk mencipta cenderahati dan mainan berkualiti tinggi bertemakan Malaysia, berkongsi kisah menarik antara Hong Kong dan Malaysia, serta memastikan setiap tetamu dapat merasai kegembiraan dan penghargaan.”

Jadi, kalau korang nak jadi antara yang pertama memiliki koleksi unik ni, jangan lupa check out Kedai Runcit Sunway Theme Parks! Untuk update terkini, ikuti Kedai Runcit Sunway Theme Parks di Facebook, Instagram, RedNote dan TikTok.

Sunway Theme Parks x Klook: Pengalaman taman tema lebih best!

Bukan setakat itu je, Sunway Theme Parks juga umumkan kerjasama dengan Klook untuk memberikan pengalaman yang lebih lancar kepada pengunjung. Dengan adanya kaunter khas Klook dan laluan ekspres, korang boleh skip barisan panjang dan terus enjoy semua tarikan dengan lebih efisien.

Nampaknya Sunway Theme Parks betul-betul all out tahun ni dengan pelbagai inisiatif baru. Korang excited tak dengan semua update ni? Jom share dengan kawan-kawan dan plan trip ke Sunway Theme Parks sekarang!